what a busy day =,="

aku tak pernah-pernah menggayakan tudung bawal kaler hitam, tetibe addicted.

k, sebenarnye, sem nih aku dah malas nak menggayakan tudung lilit-lilit nih bagai (sekarang ye lah, esok luse aku tak jamin). Macam haram wehhh. Aku dah bazirkan 3 helai tudung untuk match kan dengan baju yang boleh dikatekan agak susah nak carik kaler dia.  Duit pon mengalir macam Sungai Teh Ais kat depan Rector UIA nih. Phewwwww.

k, minggu nih sumpah busy nak mati! k, jap nak tukar ayat. Sampai nak mati lah aku punye busy. K, over kan? Tukar balek. Tak, aku sebenarnye memang tersangatlah sibuk. Tapi Alhamdulillah, sebok-sebok aku, aku tak lupa tanggungjawab pada Yang Satu.

Oleh sebab kebizian yang melanda dicampur dengan masalah yang belum reda, kini ramai antara mereka yang berkecil hati denganku. Ohh ayat tak perlu nak dramatis sangat boleh kan? Maaf, aku jugak insan biasa, tak dapat nak lari daripada membuat kesalahan.

minggu nih tak dapat nak balek rumahhhhhhh :(
Jumaat nak kena beli barang untuk Program Anak Angkat Tahfiz Al-Habbah.
Sabtu ade wedding invitation dekat Keramat. (Wajib datang. lol)
Ahad? aku nak rehat! Mohon jangan sesiape kacau aku please?
I mean kacau yang "Shida, jom lepak? pekena kopi 'O pon best jugak nih?"
Dan aku pon " Eh, takdehal, jom jom! Ajak hani, marissa, sha, husra, wani sekali"

Haaaaa, memang aku campak paku tekan yang buat cucuk-cucuk kat notice board tuh buat macam ala-ala main dart. Lulz.

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR