what a busy day =,="

aku tak pernah-pernah menggayakan tudung bawal kaler hitam, tetibe addicted.

k, sebenarnye, sem nih aku dah malas nak menggayakan tudung lilit-lilit nih bagai (sekarang ye lah, esok luse aku tak jamin). Macam haram wehhh. Aku dah bazirkan 3 helai tudung untuk match kan dengan baju yang boleh dikatekan agak susah nak carik kaler dia.  Duit pon mengalir macam Sungai Teh Ais kat depan Rector UIA nih. Phewwwww.

k, minggu nih sumpah busy nak mati! k, jap nak tukar ayat. Sampai nak mati lah aku punye busy. K, over kan? Tukar balek. Tak, aku sebenarnye memang tersangatlah sibuk. Tapi Alhamdulillah, sebok-sebok aku, aku tak lupa tanggungjawab pada Yang Satu.

Oleh sebab kebizian yang melanda dicampur dengan masalah yang belum reda, kini ramai antara mereka yang berkecil hati denganku. Ohh ayat tak perlu nak dramatis sangat boleh kan? Maaf, aku jugak insan biasa, tak dapat nak lari daripada membuat kesalahan.

minggu nih tak dapat nak balek rumahhhhhhh :(
Jumaat nak kena beli barang untuk Program Anak Angkat Tahfiz Al-Habbah.
Sabtu ade wedding invitation dekat Keramat. (Wajib datang. lol)
Ahad? aku nak rehat! Mohon jangan sesiape kacau aku please?
I mean kacau yang "Shida, jom lepak? pekena kopi 'O pon best jugak nih?"
Dan aku pon " Eh, takdehal, jom jom! Ajak hani, marissa, sha, husra, wani sekali"

Haaaaa, memang aku campak paku tekan yang buat cucuk-cucuk kat notice board tuh buat macam ala-ala main dart. Lulz.

Zoo Negara

k, bab introduction nih memang bukan kepakaran aku.
tau tak impian aku nak ke zoo sejak aku sem 1 kat Gombak lagiiiiiii!
sekarang aku dah 2nd year, kire setahun jugak lah aku simpan impian tuh.

dari dulu lagi, merancang bagai nak gileeee,
tak jugak peginyeee,
yang aku pulak, entah ape excited sangat nak pergi zoo pon tak tauuuuu. hoho

so, rancangan kali nih menjadik!
terima kasih ye awak awak semua sebab punctual.
yang tak leh tahan tuh, janji pukul 9!
tapi marissa dengan husra datang bilik aku dalam pukul 8.45!
bagos! semangat macam nih lah yang aku nakkk!
tapi pergi zoo je lah awal macam nih, pegi kelas? HAHA

sebagai permulaan, bergambar kat bilik memanglah HARUS.

so seramai 7 orang yang pergi, konvoi 2 kereta. Laporan.
Memang dyorang buat aku macam guru bertugas lawatan sambil belajar untuk budak-budak yang baru tamat UPSR!


Zoo Negara! yezza!
bayaran masuk satu kepala bersamaan RM20. Harap maklum :)

the gojesesss! hehe

nampak tak ade monyet kat atas tuh?
monyet tuh tengah mengajar dyorang nih gaya seekor forever alone.
dan inilah hasilnye! kahkah!

dan ke'excited'an aku sangat terserlah!

wani pandang kambing eh? haha

self shot! nice pulak aku rase.

sha buat muke sore eyes! haha
nanti buat video, suruh Nasri masok sekali dalam video tuh. haha

let's go to the Ape Centre! I will guide you! 



makcik tudung pink tuh bukan dalam kalangan kitorang lah yang pasti.
sesuke aku je panggil makcik!

coach singa laut tuh hensem lah pulakkk, haha

tarik lagi shidaaaa! tarik selagi boleh!

haaaa, bentuk love! kau ade?


Welcome to the Ape Centre!

Ape Centre! Tempat yang aku nanti-nantikan!


ade 3 ekor je? cissss! Aku pk kan, bersepah binatang nih.. banyak-banyak lah syokkk!

weh, sumpah macam manusia betol,
cuma tangan dia tuh panjang bebenor,
dah selalu sangat bergayut nih, haha

caption takde lagi sengal ke boleh letak?
dah 42 tahun weh dia hidup. hoho

"Kenal keluarga Orangutan Kami"
Tetibe ade gambar kosong kat tengah-tengah tuh,
Nama dia Awang kalau tak silap,
Aku syak dia malu kalau orang amek gambar dia kot.

Time nih dyorang buat lawak, dan aku gelak bagai nak gile!
Setiap aksi yang berok-berok tuh buat mesti diiringi dengan dialog-dialog sengal yang dyorang nih reka.
Dan aku hanya mampu tergelak, tegelak dan tergelak!
Kalau ade katil, aku dah berguling-guling dah.
Then ade lah foreigner nih tegor kitorang.
Mungkin terkejut kot tengok aku gelak over gegile,
so dia nak bergambar dengan kitorang.
Statement retis!

comel kan that small girl?

kalau benda hidup, memang aku peluk dia bebetol!

aku dengan marissa dah boleh tukar tudung dahhhhh

Ular kat atas tuh besar gileeee~



berat gajah tuh 3000 kg okayyyy.

trademark entah papeeeeee =,="

yang aku serius bebenor nak bayar parking fees tuh dah kenape?
time nih pon kelakar jugak!
ye lah, kitorang masok parking sesame,
sekali bila part nak bayar,
Hani punye tiket lebih seringgit dari aku!
padahal lebih kurang je kottttt.
Sabar eh Hani? HAHA
seringgit jer wehhhhhhhhhhhh

muke kelaparan + kepenatan.

gambar nih paling aku sukeeeee :)

pose kejap before nak balek :)

lapar punye pasal, singgah Wangsa Walk melantak!

k, meh sini nak ceghitaaaaa!
Time kat Wangsa Walk tuh, korang pilih bag, macam nak pilih laki tau tak!
Lame gileeeee, dan termasoklah aku!
Aku dengan teragak-agak, nak beli ke tak, nak beli ke tak.
Tengok sorang-sorang happy jeeee membeli belah,
so sebab tuh lah jugak aku macam sedikit terpengaruh,
once korang cakap bende tuh macam lebar sangat, teros tak confident nak beli.

another special love letter for you girlsss
first of all, jutaan terima kasih sebab korang berjaya merealisasikan hajat aku untuk melawat zoo, walaupun pada asalnye kite nak pergi Zoo Melaka, tapi aku tak kisah, janji aku dapat tengok binatang kesukaan aku. Sebenarnye, aku tak tau kenape aku begitu obses dengan monyet, mawas, beruk dan seangkatan dengannya. Maybe they have something special that can attract me which I can't figure out what it is. Terima kasih jugak sebab menepati mase, melayan kerenah gile aku dekat sane. Sumpah aku dah lame tak gelak besar macam tuh okayyy. Sampai menangis aku gelak. And aku enjoy sangat dapat lepak dengan korang ramai-ramai. Hilang semua keseteressan aku. 

Pleaseeeee, jangan lupekan persahabatan kite nih, and hope sesangat, lepas nih boleh enjoy/lepak/holiday macam nih lagiiii even kite dah lain department and dah tak same kelas. And since kad siswa kite dah valid, tak dapat luar negara, Sabah Serawak pon boleh wehhh. haha

Again, thank you dear my awesome girl friends. ILOVEYOU.



NotaKaki : Buat engkau yang pernah berjanji, terima kasih kerana memungkiri kerana ia mengajar aku erti hidup berdikari. Aku harap aku orang terakhir yang kau buat macam nih. Percayalah, sakit tuh memang akan hilang, tapi luka parut yang kau tinggalkan akan kekal selama-lamanya. Tahniah buat aku kerana telah berjaya melupakan keseluruhannya dalam mase yang agak singkat. Dan tahniah jugak buat kau kerana berjaya memperlakukan aku sebagai orang asing. Kita bertentang mata, lepas tuh kau bla! Well, when you go, don't ever think I'll make you try to stay..



Alkisahnya handphone aku :(

pakai henpon cecanggih nih pon susah jugak kan?

so, hari tuh, aku memang dah bengang gile dengan henpon aku nih, aku cabut memory card, aku format phone. Aku off 2 jam. 2 jam je, tak boleh lelame. Orang penting kan, semua carik aku, HAHA

So bile on je, semua kosong! KOSONG weh! Contacts semua lesap. Mesej korang sampai 12k yang aku simpan tuh pon hilang dengan begitu sahajeeeeee. Lepas tuh berderet-deret mesej yang dari semalam punye, baru nak masok. Bengang je bebudak nih aku tak reply. 

So kalau tengok henpon aku, contacts tak sampai sepuluh orang, mesej dah takde sampai ribu riban dah, wallpaper semua hitam, gambar entah pape. Applications pon yang penting je aku download. Then memory card tuh aku tak pakai dah. Sebab bukan aku punye.

yang tak bestnye, bukti-bukti mengarut yang aku simpan semua dah hilang, so aku memang takde ape dah nak tunjuk kat kengkawan aku. Tapi yang aku bersyukur nye sangat-sangat, aku kan dah hilangkan semua number, and thank God aku tak pernah hafal number yang sorang tuh. So aku tak payah lah gatal tangan nak hantar mesej kat dia lagi. >_<

So, ape yang aku nak sampaikan sebenarnye? K, kalau korang mesej aku, lepas tuh pulak kalau aku pegi tanye, "Eh, ni siape eh?" korang jangan lah ingat aku main-main ke ape kan, aku memang dah hilang semua number nih. Nak menyesal pon macam takde gune. Nak redha, tapi macam tak ikhlas, nak pasrah tapi aku belum menyerah.



Tapi selalunye, kalau tengok gaya orang tuh punye mesej, aku senang je nak syak number siape. Well, itu salah satu kelebihan yang aku ada. Lol!

p/s : And a new story just to begin. Hey you! Just wait and see! Watch out!


open house :)

setahun tak jumpa,
Alhamdulillah, kami dipertemukan semula dalam bulan Syawal nih :)

so Syafiqa Husna jemput kitorang pergi rumah dia,
ade makan-makan?
and wondering, mane budak Petra yang lain?

k, so bila dah jumpaaaa, haaa kau!





paan dengan syafiqa memang tak leh jumpa! HAHA


yayyy, dapat duit raya :)

yang hujung tuh siape? musykil pulak aku



anggaplah aku pon tengah posing jugak tuh.




sebenarnye, yang comel dalam gambar nih is syafiqa, serius.

sporting pulak shamin nak bergambar macam nih :)

Dia memang bukan ibu saya, tapi dia boleh jadi ibu kepada semua orang :)

Syafiqa, thanks kerana sudi menjemput, macam pelik tak? kite takdelah rapat sangat, tapi aku dengan ummi pulak yang macam kawan baik, hehe. Banyak rahsia kitorang share sesameeee :)

Paan, terima kasih kerana sudi menjemput, dan menghantar saya pulang ke rumah. Kesian kau nak kena tunggu aku habes bergossip dengan ummi, macam laki tengah tunggu bini habes berborak, hoho

Akram, terima kasih kerana sudi menjadi photographer kite semua, tak dinafikan, semua gambar yang kau amek memang cantik. Ye la, lenses nye pon cantek kann. DSLR aku biase jeeeee.

Shamin, lain kali cakap je nak ajak aku pergi open house sesame tau. Aku nih ade mase loading sikettt, hehe. Shamin Shamin, hurmm, aku nih pon bukannya elok sangat perangai. Just nak bagi pendapat je. Ade mase perempuan memang nak tahu setiap gerak geri pasangan dyorang, tapi tak bermakne boleh dikongkong. Tegas siket okayyy? Sebab kau pernah jadi ketua aku, so aku tau kau boleh. Mengalah boleh, tapi jangan cepat kalah hanya kerana seorang perempuan :)

Fadhilahhh, lame tak jumpe, kau makin kurus lah. diet keee? anyway, kau masih lagi macam dulu. Takde ape pon yang berubahhh, hehe :)

and the last one, the most important person in my life! Umi Salmah Hanim!
Umiiiiiiiiii, haaaa, Shida tengah menjerit nih. Memang setahun kite tak jumpa, rindu tak terkateee. Kite banyak bercerita dan berkongsi masalah kan. Umi tau tak kadang-kadang Shida jeles dengan Iqa. Sebab Iqa ade Ummi. Bukan nak cakap mak Shida tak best ke ape, tapi Umi layan kitorang macam anak-anak ummi jugak. Kadang-kadang rase nak jugak ajak Umi pergi date lepas tuh cerita dari A sampai Z! Hari tuh tak puas tauuuuuuu. . Pasal Shida dengan dia tuh, Shida still tak nampak ape-ape lagi, kalau ade jodoh, ade lah. Umi orang first yang akan Shida carik nanti! Umi doakan lah yang terbaik untuk kitorang semua. Haha. And thanks kerana menjemput. InsyaAllah, akan kita berjumpa lagi.



Korang. Jangan putuskan persahabatan kite tau. Tapi tak mustahil dari persahabatan akan bertukar ke fasa yang lain :) Sayang koranggggg.

p/s : Kalau nampak gambar yang macam edited tuh, dari Akram lah yang pasti. Nampak yang macam buruk tuh datang dari kamera aku lah.
 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR