Rasulullah bersabda :
Barang siapa di antara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh, celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)
Macam aku cakap sebelum nih, aku nak cakap pasal kahwin awal kan. k kalau nak tahu, (kalau nak tahu lah, kalau taknak tau, lantak kau lah) aku adalah salah seorang yang tidak menyokong perkahwinan ketika belajar. K, i repeat. Aku tidak menyokong PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR, bukan perkahwinan di usia muda!
Meh nak cerita cket perbualan aku dengan mak aku masa on the phhone hari tuh
Aku : Mak, mak tak bagitau pon kawan Ating kawen.
Mak : Masalahnya dia jemput pon keluarga terdekat dia je.
Aku : Owh serious? (Dah start pk bebukan dah). Mak, mak tau tak dua-dua tuh kawan Ating, sebaya Ating kotttttt. Dyorang belajar lagi kan?
Mak : A'ah. Kat Melaka, satu kolej je.
Aku : Mak!!! dah tuh cane lelaki tuh nak tanggung pompuan tuh?
Mak : Yang kau sebok kenapa? Dah family dyorang setuju.
Tetiba terdengar suara kakak aku. "Dah la Ating, dyorang dah selamat kawen pon, kau risau beno apesal?"
Teros aku tukar topik!
k, meh aku nak state reason aku kenapa aku membantah. nih kalau dua-dua adalah student!
- Nafkah
Aku bukan nak cakap aku materialistik ke ape okay, but first thing yang akan terlintas dalam kepala otak aku adalah pasal nafkah!For those yang dapat JPA, or dapat elaun beribu-ribu sebulan dari Fa&Ma, boleh diam sekarang!
Cerita siket, kos sara hidup dekat KL nih sebulan berapa?K, tak terkira kan? Sila diam. Walaupun Allah dah janji, yang Allah akan permudahkan jalan kita, but still somehow kau kena fikir kita tak pernah lari dari ujian. - Tanggungjawab
K, acane nak spend time dengan jadik student nya? jadik laki orangnya? jadik bini orangnya? Because both of you are students. Tetiba aku terbayang kan, bila aku kahwin time belajar, time aku tengah khusyuk buat assignment, tetiba laki aku, "Sayang, buatkan abang nescafe" Kalau letak 'Sayang' tuh agak sedap siket, laju je aku buat, dapat lak laki aku tengah tension, assignment kene reject or whatever kan, teros cakap camni " Shida, nescafe satu, cepat siket!" Pergh pergh pergh! Memang tido luar jawabnya! HAHA
Dan ofkos, bila berkahwin, automatically, kita sebagai perempuan haruslah mendengar kata suami. Aku ade kawan dengan someone yang dah kahwin, dia live off campus, bila nak buat discussion, memang lah kene mintak permission husband dia, tapi sumpah wa cakap lu, dia tak pernah datang discussion kitorang! Tak yau lah laki dia tak bagi ke ape kan. Dan kali nih aku cakap pasal ruang kebebasan dalam berkawan. Kan dah terbatas kat situ.
Dan bila kau dengan tak sengaja terkecikkan hati suami kau, pergh berdosa!!! - Belajar
Somehow, orang akan pertikaikan, kenapa nak kena habes belajar dulu, baru kahwin? Sedangkan menuntut ilmu tuh biarlah sampai ke liang lahad. So, bilanya nak kawen, kalau kena tunggu habes belajar? K, aku dah start nak bagi hujah nih. Nih pendapat aku, ape lah salahnya, habeskan diploma/degree tuh dulu kalau ye pon nak kahwin? Can you imagine, dengan pregnantnya, morning sicknessnya, acane nak pegi kelas? acane nak belajar? Kau ingat lekcerer kau tiap-tiap hari nak bagi exemption kat kau? Buatnya time tuh tengah exam, kau ingat dia nak buat make up paper untuk kau sorang? Banyak lagi keja dia nak buat. Ika, kawan aku budak HS, dia cakap ade classmate dia matric no start dengan 05, but still dalam tahun kedua. Alasan, banyak cuti bersalin, cuti jaga anak sakit. Sekarang matric no dah nak masuk 13 kot. Can you see can you see?
4. Ibu Bapa
Kahkah, aku lupa nak masokkan point paling penting which is mak ayah! Sanggup aku edit balek nih! Ah, sekatilah belog aku. Well, semestinya untuk si perempuan, bila dah berkahwin, automatic syurga dia dah beralih arah dari seorang ibu ke seorang suami. Cer imagine, kau tengah belajar, mak ayah support, tup tup kau kahwin, mak ayah mesti keluar duit nak buat belanje kite kahwin sebab realitinya kita student, boleh pegi meninggal kalau harap kat duit PT, lepas tuh barulah laki kau pulak support kau. And dah laki kau pon student, sama je, end up mak ayah akan tolong support jugak siket-siket. so, macam takde beza je before and after get married? Pada aku, biarlah aku berbakti dulu kat mak ayah JE DULU before dah ade komitmen dengan suami dan anak-anak. Aku nak mak ayah aku rasa dulu gaji pertama aku. Puaskan hati dyorang dulu, make them happy to have a daughter like you. Haaaa, sampai satu masa, mesti mak korang tanya, bila nak kawen? At that time, kau nak kawen kat Bali ke, nak buat pelamin atas air ke, nak buat 30 hari 30 malam ke, lantak kau sebab kau punya duit. Tapi aku musykil dengan mak aku sejak akhir-akhir nih, ade sekali tuh dia kol dia tanya "Dapat pakwe baru ke?" K, aku tak cerita kat mak aku lagi pasal diaaaaaa. HAHA, segan! K, compared ngan mak aku masa aku sekolah, bila cite cket pasal pakwe, jangan harap mak aku nak layan. tapi sekarang? Yeah, maybe she noticed that I am turning to 20++
Sebenarnya banyak point nak masukkan, tapi aku tak larat. Nanti siapa yang nak kawen teros terbatal niat suci lagi murni bila terbace post aku nih. hoho
gambar sekadar hiasan
k, ini pendapat aku lah, Kalau dah tertulis jodoh korang time belajar, maka tuh jodoh korang lah. Mohon jangan bash aku. Plus, perkahwinan nih hukum dia depends on situation. Akan jadik wajib bila sekian sekian, akan jadi harus bila sekian sekian. Well, siapa yang taknak kawen awal kan? Aku pon nakkkkkkk! Tapi boleh lah lupakan hasrat sedemikian ye wahai Ashida.
Sekian, pembebelan di waktu petang lepas aku mengantok buat Decision Science.
p/ s : Aku nampak orang yang minat aku gegila dulu dah ade someone. Sebabkan aku reject, teros dia delete account twitter. Hurm hurm, tahniah. See! You deserved better kan. Dia lagi cantik dari Shida. (Cantik ke aku masalahnya?) Shida doakan hubungan nih berkekalan hingga ke jinjang pelamin! Jangan lupa jemput okayyyy! i'm happy for you. So, dah boleh kan buat account twitter baru? kehkeh
No comments:
Post a Comment