JASA Live To Inspire (JALIN) #Part3

K, seriously, gua busy teramat, tapi wa gagahkan diri mencarik masa demi menyudahkan cerita 3 hari 2 malam wa :)

DAY 3 : 25 NOVEMBER 2012

Yeah! Aku bangga sebab aku lah orang pertama yang bangun pukul 5 pagi tuh. Nak tau? Posisi ketika nak tidur dan ketika bangun adalah sama! Nih menandakan yang aku penat teramat! Lepas solat subuh berjemaah, macam biasa, buat tazkirah sikit. Sampai lah pukul 8. Nampaknya cuaca mengizinkan untuk buat aktiviti kat luar nih. So Amin cakap suruh dyorang siap-siap sebab kitorang nak jalan-jalan keliling kampung, nak amek udara fresh katanya. 


Muka mengantok masing-masing :)



tengok tengok!
Anjing berterabur kat depan tuh?
dah cakap tempat nih memang banyak speisis nih :(


sebelum tuh, bergambar lah dulu :)


tengok! mase nih PM yang start posing dulu!
aku pon melayan! same-same gila! HAHA
takde sape nak dengar Amin cakap!

So, kitorang pon jalan ramai-ramai seluruh kampung. Tengok semua rumah. Pagi-pagi memang anak-anak dyorang dah bangun, macam macam kerja dyorang buat


tengok muka tempe aku, Anis dengan si Amin dengar si Sofy nih cakap :)



comel kan??

Lepas keliling satu kampung, kitorang balek Surau, sebab nak sarapan, pukul 10 jugak lah baru nak sarapan. Time nih lapar kott. Ahh aku nih, entah bile entah yang tak lapar. Tapi dok sini, asyik makan jeeee, best wehhh, hehe, biro Catering pon memang masak sedap. Thanks lah biro Catering!


Anis tengah suap Fadhilah. Aku kat belakang tuh suap diri sendiri :)




As usual, lepas sarapan, kitorang akan bungkus sarapan, and bagi kat penduduk kampung. Jadi berjalanlah lagiiiiiiii. Time nih kaki aku dah melecet sangat, dah merah-merah. So tampal lah plaster. Sekali Amin ternampak.
"Kenapa kaki tuh Shida?"
"Hurm, melecet. Kasut baru tuh."
"Laa, kenapa tak pakai stokin?"

Haaa, time nih aku rasa nak sorokkan muka aku kat dalam beg! Malu okay bila lelaki tegor part-part begini. K memang salah aku, aku bawak sepasang je stokin, sebab stokin lain tak kering lagi sebab baru basuh. Stokin tuh pulak entah ape yang aku pijak, basah habes kot. Teros tak selesa nak pakai. So peringatan lah untuk aku. Jagalah aurat walaupun kat mane kau berade!





Amin nih kate kurang daging, larat pulak dia kan?


takpe, praktis nak jadik bapa mithali ye :)

k, meh nak cerita. Nak tau time nih aku buat ape? Aku dengan group aku pergilah distribute makanan semua kan, Mane rumah yang ada anjing, aku tak pergi. Aku dok jauh sikettt. Aku sebenarnya time nih mengantok, penat pon ye jugakkk. Aku cakap dengan bebudak nih aku  nak balek kejap. Aku tak selesa! Haaaa, aku masuk surau, aku teros membuta! Mengantok sangat! Sumpah tak tipuuuuuu. Sampailah tetibe aku terdengar suara Amin! Teros terbangun! Bagus sangat Shida terbaring kat situ depan semua orang. Mesti Amin kutok aku, dahlah tak buat kerja ape pon, lepas tuh boleh pulak membuta, hehe :)

Then, pukul 12 patotnye closing ceremony. Tapi pukul 12 tuh baru nak set up barang semua. K, sedikit terpancar betapa masamnya muka aku time tuh. Ahh aku nih, dahlah membuta, pastu nak merungut kat orang pulak kan?Then sebelum tuh Amin tanye lah, ade sesiapa tak yang nak jadi MC untuk closing ceremony. Semua macam diam. And tetibe aku cakap aku nak. Well, time nih aku tak paham dengan diri aku. Kenapa aku sanggup buat benda yang aku tak pernah buat? Pegang mic tuh setahun sekali okayyy. Tapi aku cakap dengan Amin, aku taknak lah membebel sorang-sorang kat depan, nak beregu! Beregu pon boleh shidaaa! Ingatkan Dila nak lah volunteer ke kan. Sekali Amin cakap "Haa, takpelah, kite berdua jadik MC sesame"


Takdelah berdebar mane, tapi aku wat rileks, wat peace, wat cool :)
Boleh tahan jugaklah tinggi aku kan? kahkah, sorry Amin


See? Ape lagi Abang Faiz nak komen tuh?


Eh, tetibe makin serasi pulak aku kat depan tuh membebel :)


Sempat kan shida???


Lepas penyampaian hadiah, teros makan :)

So, lepas habes closing ceremony, kitorang kemas barang, bersihkan musolla semua. Dan aku rase dah last-last nih baru nampak yang aku macam bagi arahan. Nak balek punya pasal kan? Laju je laaaa


fuiyoooo abang zahir, kuatnyewwww :)


bukti i pon kemas barang jugak :)

so, sampai UIA, pukul 6 okayyyyyyyyyy!
and thank you to all of you sebab berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk program nih dengan jayanya. Untuk Amin, sorry kalau sebab aku, kau takde selera makan malam tuh. Sumpah serba salah. Nak mintak maaf tapi tak sempat. Thanks jugak bagi tunjuk ajar kat assistant kau yang tak tau pape nih. Thanks jugak bagi kerjasama yang paling maksima and aku terharu kau cakap aku adelah APC yang terhebat! hoho. Tahniah jugak sebab walaupun nih first time kau jadik PC, tapi aku nampak effort kau nak make sure yang semua berjalan mengikut ape yang kite dah plan.

Buat Anis dan Dila, thanks sebab ade dengan aku all the time. Anis, sorry jugak pasal malam tuh. kau makan siket sangat, aku dengan Dila jadik serba salah kot, Sorry again. Dila, kite kat memane asyik berdua je kan, tak sangke pulak boleh rapat. Thanks tau koranggggg :)

Untuk team group 1, maaf aku banyak kali tak join korang. Sooryyyyyyyyyy T_T

Dan untuk ahli JASA yang lain, maafkan saya kalau ade tersalah cakap, tersalah bagi arahan, tercarik pasal, terkurang ajar, terover eksaited. Sorry, and hopefully, akan ade lagi program macam nih.


Thanks semua :)

Tamat sudah cerita 3 hari 2 malam aku. Fuhhhhh. Dah, Esaimen berlambak, berderet-deret, berterabur, bersepah mintak wa setelkan. Bye koranggggg.

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR