JASA Live To Inspire (JALIN) #Part2

okay, masuk hari kedua, aku nak cerita start dari aku bangun tidur.
Tidur aku entah ape kena, asyik terjaga jeeee. Kebetulan malam tuh, hujan selebat-lebatnya. Dengan keadaan kampung, tak dapat aku nak cerita kat korang betapa sejuk nak matinya aku rasa time tuh. Sangat sejukkkk! Kitorang kena bangun pukul 5 sebenarnya. Dan sekali lagi aku sebagai PC harus menunjukkan contoh. Yayyy, bangun pukul 5.15, keluar dari surau, teros mandi. Memang tak pandang langsung dah brothers yang tidur kat luar tuh. Dah habes mandi, aku keluar bilik, aku dengar Amin cakap "Fuiyooo, bagus assistant PC aku nih, dah mandi awal-awal" Terkejut kottttt. Tadi membuta, nih dah bangun pulak.

Then, kitorang Subuh berjemaah, haaa, aku lupa nak cerita part solat semua nih kan. K, macam nih. Amin budak ICT, Sofy si PM nih pon budak ICT. So, Amin banyak jadi imam, Sofy banyak bagi tazkirah. Yang buat aku bangga dengan gilanya, Amin baca surah yang panjang-panjang, Sofy pon bagi tazkirah yang aku tak penah dengar sebelum nih. Wehh, aku salut kat korang lahhh. Walaupun korang budak ICT, tapi benda-benda nih semua korang boleh handle! Tahniah! Serius boleh jadik suami contoh. Tapi korang suka menyakat =,="

So, pagi tuh hujan, tak dapat nak buat aktiviti kat luar. So, main game dalam surau. Terok kannnn? Tapi main game biase-biase je la, takde lari dalam guni ke, lontar peluru ke kannnn. So far, game tuh bestttt jugak lah. Si Sofy kan yang handle, layankan je la. Lepas tuh, sarapan!


owh, sebelum sarapan, meeting mainboard kejapppp
Baju hijau tuh Sofy, baju hitam tuh Amin.
Yang pink tuh? ofkos lah aku!


lepas sarapan, kitorang distribute makanan lagi kat penduduk kampung.


Amin dikelilingi bidadari, haha


gila punye seram jalan nak masuk rumah kampung!


macam keluarga bahagia, haha


style kan makcik tuh?


Dila, Izzati and me :D


Nih module bersama budak-budak.
Pandai owhh si kashah nih melukis :O

okay, nak jadik cerita, time nih, aku ikut group aku distribute makanan tuh,
pergi lah dari rumah ke rumah, dan nak mengelak dari anjing punye pasal, dengan macam mane,
kaki aku termasok kat lecak. perghhhh, sumpah rasa nak samak satu badan!
sekali tuh, ade lah sorang brother nih tegor aku
"Sister, sister, dah tau nak pergi tempat-tempat macam nih, yang pakai cantik-cantik nih buat ape?"
Sounds like PERLILISM tauuuu. Aku pakai tshirt muslimah kaler pink je kottt!
Aku time tuh muka dah macam tempe dah.
Memang angin gila aku time tuh. Aku teros balek surau sorang-sorang.
Anjing tak anjing, kalau aku jumpe depan mata, memang aku pukul teros dengan kayu!
Balek tuh, aku bersihkan kaki akuuu.
Lepas tuh aku lepak-lepak :D


ya, saya sedang memerhatikan abang Zahir buat kerja dapur!
Sumpah malu!
Dia sangat expert bab dapur okay!


lunch time!

Aku melepak sampai lah pukul 3!
serius weh, ini ke kerja seorang PC?
sangat rilex gile nak meninggal boleh tak? haha
sampai lah aku rase bosan nak mati, aku call Anis,
aku cakap aku nak join group dia!
Okayy. Sebenanrnya, aku takotkan anjing.
So, aku ingat pesan dyorang.
Kalau nampak anjing, jangan lari.
Walaupun dia 5 inci jauh dengan kau, kau buat bangang je!


terasa aku macam menyerlah sangat, huhu

okay, nak cerita part aku kena kejar anjing!
Amin bagi arahan kat aku untuk bawak 2 orang budak nih ke surau, sebab petang tuh ade aktiviti sukaneka tauuu. Bayangkan, aku sorang, lepas tuh pimpin bebudak tuh. Amin cakap kat budak tuh. "Jaga kakak nih elok-elok tau!" lol Amin! Time tengah jalan, budak nih cite kat aku, dyorang penah kena gigit anjing. Terkejut okayyyy. Sampailah kat satu tempat, ade 4 ekor anjing, so budak nih mungkin trauma, dia nampak je, teros lari lintang pukang, and aku? Automatic lah aku berlari jugak! weh, empat-empat tuh kejar aku! Aku memang dah redha dah kalau kena gigit. Last-last aku setop, aku pandang anjing tuh, buat-buat nak baling batu! Padahal aku tengah pegang henpon je time tuhhhh. Nasib baik kat depan tuh ade Uzair. Selamat pon guwaaaa!
So, disebabkan trauma, aku tak join sukaneka petang tuh. Takot nak mati! Aku mandi, solat Asar and aku join biro catering, belajar memasak! Best okayyyyyyyyy!

okay, dalam whole story. yang nih paling kemuncak!
time nih, dah lepas solat Isya'.
Patutnya program malam tuh, program An-Nisa'
program bersama kaum-kaum Muslimat.
Nak buat gelang manik katanya.
So, aku dah ready nak pergi balai raya, tetibe Amin tanya aku

"Shida, free tak sekarang?"
"Free je, nak pergi balai raya, buat gelang tuh je."
"Haa, jom teman, nak hantar budak nih balek rumah."
"Owh, kat mane rumah dia?"
"Hujung kampung nih, jom lah"
"Owh, sure, jommm!"

so, aku, Amin, Anis and Dila pergi berempat, hantar budak tuh balek!
Wehhhhhhhhhhhhhhhhh, rumah budak tuh memang kat penghujung jalan!
So, kat hujung kampung, ofkos lah ade anjing yang lebih agresif dan aktif!
menjaga keselamatan kampung katanya.
Dahlah malam tau, so, anjing tuh tak tau siapa kitorang!
ade 4 ekor, besar! warna hitam!
nampak je kitorang, teros menyalak! Lepas tuh dia kejar kot.
Aku dengan Dila dah pegang-pegang tangan! Sampai kat Amin,
kitorang TERlari! Bila dah lari, mestilah anjing tuh kejar!
So, Amin lah penyelamatnya!

Tetiba Anis tanya Amin
"Amin, ade jalan lain tak?"
"Kenape?"
"Aku taknak lalu jalan tadi, takotlah"
"Ada tuh ada, tapi jauh."
"Haaa, jom!"

So, Amin dengan yang tak berapa nak konfiden, ikut jalan lain.
Kitorang ikut je la, time tuh sumpah kelakar!
jalan 4 orang malam-malam! Macam seorang abang bawak adik-adik lari rumah!
Amin cakap kejap je nih mesti sampai!
wehhh, dekat nak sejam carik pintu masuk kampung tuh tak jumpeeeee!
Puas tanye orang, macam pelik sebab tak ramai yang tau kewujudan kampung tuh.
Tetibe ade sorang pakcik ni tolong, jumpa memang lah jumpa!
Tapi penat okayyy, dengan lapar lagi.
Yang paling sedih, takde sorang pon yang perasan kehilangan kitorang, especially aku dengan Amin!
PC dua-dua takde kotttt.

Yang terasa bangangnya kan, aku dengan Anis pakai Samsung Galaxy, Dila pakai Belackbeghy, Amin tak habes-habes dengan Nokia Torchlight dia tapi takde sorang pon nak google maps! Memasing dah boleh pegi campak phone. HAHA

Sampai balai raya teros makan. Aku tengok Amin dengan Anis dah lain macam. Argh, nanti-nanti aku tanya, aku tengah lapar sesangat!






makcik tudung putih nih sporting gila!




Abang Anas dengan Faiz, dan dua2 sama-sama gila! HAHA

Aku tak join pon part buat gelang nih.
penat berjalan kottt..
aku sesuka hati je suruh bebudak nih buatkan untuk aku


yang belah kiri tuh aku punye :P

Disebabkan kepenatan yang melanda, lepas makan, balek Surau!
Lepas tayangan movie, lepas tolong tengok dyorang bungkus biskut nak bagi orang kampung, aku cuci muka semua, teros membuta!!
Dan, kedudukan tidur aku tetap sampai Subuh esok!
See? Betapa pentanya aku!
K, hari ketiga nanti aku sambung yeeeeeee?
Tataaaa!

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR