It's your Day!

heyyy, hyeee, hoiiiii!
(k, permulaan yang agak biadap)

Assalamualaikum semua. K, baru jawab paper UNGS tadi., k seat aku tak strategic! sumpah tak!
Okay, baru satu paper, fuhhhhh, kertas soalan dia sehelai je, jawapan aku sampai 6 page
entah ape aku carut dalam tuh tak tau lah betol ke tidak. so ade 5 paper lagi menanti.

And now, i would like to dedicate this entry to the special one, yes! You!
And now you are officially 20!
okay, you lagi muda dari i, hehe

and seriously i have no idea nak buat/bagi/dedicate ape untuk you. sumpah!
so, ini jer yang i sempat buat,
kalau ade yang nampak annoying you boleh ignore this post, hehe



HAHA, can you see berapa banyak kali kitorang buat? Boleh jadik pelakon tak? back up seinger ke kan? okay, gurauuu.

k, itulah i yang sebenar, kat luar pon macam tuh, kat dalam pon macam tuh. *kat dalam pehal?*
so, i harap you terima. Dan I doakan semoga SEMUA impian you tercapai.
*youuuu, title video nih Eira yang letak, you salahkan dia! HAHA

and, for my gelprenggg,
terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk aku,
terharu weh terharu. *lap titisan air mata yang menitik-nitik*

p/s : sekarang memang trend kahwin awal ke ape? atau sejarah lama sedang berulang kembali, yang mana zaman dulu-dulu (macam zaman mak aku) akan berkahwin di usia muda?okay, next entry aku nak cerita pasal kahwin awal, do wait! bye


Final Exams

Off to UIA, without laptop, camera, and of course my berokband for 3 weeks.

Final Exam is haunting meeeee.

 31 Dec - Islam & Knowledge
3 Jan - Business Ethics
5 Jan - Bahasa Melayu
7 Jan - Decision Science
9 Jan - Management Information System
13 Jan - Fiqh for Economists 1


k, mode Final exams is officially ON!


p/s : your birthday is coming soon, and I've paper on that day :(

The Behind of 16 December 2012

ohhhoiii, Asslamualaikum and heyyy! okay, dah empat hari berlalu, baru dapat update wehhhhh

please anggap hari nih 16 DECEMBER kalau korang bace k, haha

okayyy, it's my day! it's my day!!ohmaiii! Hari yang aku tunggu-tunggu! Firstly, aku sumpah sedih. SANGAT! Semua yang aku plan, berlalu dengan begitu sahaja. Thats why orang cakap, kita hanya merancanggggg :( Hari sabtu ade final exam leadership, jawab pon main-main, mentang-mentang 0.5 credit hour. Lepas group aku present, aku teros keluar, aku call mak aku, tak menyempat wehhh, aku suruh mak aku datang UIA, bawak aku jenjalan, tapi dapat jawapan hambar. okay okay okay.
Malam tuh pulak aku ade discussion kat econs cafe, amboiii, bukan main meriah jugak memalam kan, tapi majoriti foreigner lah yang pasti. And yeahhh, Eira Jengkel datang UIA, mungkin nak memeriahkan suasana aku. Ye, mungkin!

Balek dari discussion, aku sambung buat kerja, buat slides, etc. Sedih wehh, nak counting ke 20 tahun dekat UIA, dengan memasing macam buat hal sendiri. Ya, aku tau memasing busy, aku paham. Aku tengok laptop nih pon takde mood, selang 2 saat aku pandang henpon, selang 4 saat aku scroll TL, selang 8 saat aku bukak fesbuk, selang 10 saat, baru aku buat slides. k, loser! Lepas tuh aku off laptop, memang bajet nak membuta dah lepas tuh. Tetibe Eira ajak aku teman dia pergi tandas. K fine aku teman dia. Weh, pahal lame sangat dia nih kat tandas. Then lepas tuh, aku ajak dia duduk tepi tangga. Layan perasaan lah konon.

Lepas luah perasaan kat Eira, aku pon masok bilik. Aku masok je bilik, okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. kat langsir bilik, ade notes 'Jangan mengamok eaaa!!'. Then, masuk je compartment, baju kurung aku bersepah, baju yang dah lipat SEMUA bersepah. I repeat, SEMUA! arghhhhhhhhhh! Aku jerit kottt. 'WEHHHH, KEMAS BALEKKKK! AKU NAK TIDO LAH!" Aku nak nangis kot. Haaaa, Then dyorang  bukak lampu and surpriseeeeeeeeee! Happy birthday songgggg! Finallyyyyyyyyy!


nih lah yang terdampar di langsir compartment aku -,-'

terkejut kau masok bilik, baju dah macam tsunami nih..
part kain batik tuh tak le bla! Haaa, boleh pulak terselit bantal busuk Eira tuhhhh

biadap kan koranggg? haha

it's mine!

thanks! thanks! thanks!

kau adooo?

boleh abaikan background yang cantik tuh

tang hanger tuh, haha

potong pakai pisau pon bolehhh

tengok pipi I, tuh semua kerja Sharinaaaaaaaa

menghayati setiap perkataan

part nih, muka dah macam kene taik cicak, taik burung dan pelbagai taik yang lain

hadiah perli dari Cik Marissa!
Maklumlah, ini sem pertama aku gunakan alasan overslept tak pergi kelas



thankssss gelperngggg <3

a'ah, memang kejam gila. haha


sampai sekarang tak cabut lagi bende alah nih, haha





this dress is awesome, i'm gonna wear this on my first night after married! lulz

cerita dia, malam tuh aku membuta pukul 4.30 pagi. Bajet nak membuta lepas Subuh, sebab takot terlajak, tapi haraammm, hasutan syaitan lebih memberi impak yang maksima nampaknya. Maka, membutalah aku lepas dah berborak dengan Eira Jengkel :D

Esoknya, kitorang plan reramai nak picnic dekat Taman Layang-Layang sambil menikmati domino's. 

gua salah display tarikh wehhhh

domino's ohh domino's





kalerful betol kengkawan aku nih, haha

muka masing-masing, mintak penampor! haha

cantik kan awan tuh? SubhanAllah

interframe sebentar.

okayyy, dah sampai dah part aku untuk membebel.
For those yang wish tak kisah lah through fesbuk, twitter, formspring, tumblr, Instagram thanks sesangat wehhh. Yang wish kat phone, aku sumpah hargai sangat-sangat. Yang tak leh bla, orang pertama yang wish aku adelah orang yang paling aku tak sangka-sangka. Siap kol pakai unknown number lagi. Semangat dia ucap happy birthday, tang aku 'Nih siape?' Dan yang paling sadis, why yang wish kat phone semuanya lelaki? Mane kawan perempuan aku yang lain, mane wehhhhh? haaaaa. ade pon sorang je. Nama dia Safena Chua.

Untuk awak yang buat entry untuk saya, thanks sangat-sangat! Dengan lagu yang you nyanyi tuhhh, okay, I'm meltinggggg. Teros I download lagu tuh okayyy, dengan video you sekali I paksa Sharina download kan. Thanks for your effort. You quite romantic jugak kannnn? Kengkawan I semua jeles nih. HAHA, btw, senanye I buat tag 31 December tuh sebab i dengan kengkawan i nak buat video for your birthday, tapi I segannnn, ramai orang pandang I, (*k, you boleh slap I kalau you rase statement I nih bajet hot, haha) and  acane you tau I minat domo haaaaaa?

Untuk Sharina, Marissa, Husra, Hani dan Idahhhhh. korang memang awesomeeeee. you guyss just made my dayyy. I'm so proud to have all of you as my gelprenggg. Seriously aku tak terfikir ape yang korang nak buat malam tuh, ingatkan semua macam buat bangang jeeeee. Thanks atas usaha, tenaga dan wang ringgit yang korang gunakan untuk kenakan aku malam tuh.

Dan Eira Jengkel yang gilossss, thanks sebab sudi datang UIAAAAAAAAA sambut birthday akak, lepas tuh sempat lak bersubahat dengan kengkawan aku nih kannn. Pandai weh berlakon ajak pergi tandas. Part paling musykil bila dia masok tandas tapi tak bawak sabun, tapi bawak henpon. Sengal budak nih. HAHA



Okay, I'm officially twenty now. Dah boleh kawen nih, hehe.
Okay, moga berjumpa di lain hari. Doakan aku supaya sentiasa berada dalam Rahmat-Nya :)

p/s : Balek je rumah nih, nak mintak kakak aku Johnys, nak mintak Aiyu Ice Room, nak mintak mak ayah aku SR, kahkah. Besar selera kau shidaaaa, pahal?

Ad-Durianah

Dulu aku selalu merungut kat mak. Aku cakap kat mak aku, aku cuma kawan dengan kengkawan aku yang bebetol rapat je, like Hani, Marissa, Wani, Sharina and Husra. Itu je kawan yang aku rase aku boleh nak menggila. Bukan nak cakap aku takde kawan lain, ade je. Tapi entahhhh. Dah aku taknak, aku taknak lah kan. So, sejak join JASA, sejak pegi makan durian dengan gang Azam, sejak aktif dalam kelas ict yang ade 23 lelaki tuh, baru meluas siket pemandangan aku.

Tapi ade lah seorang hamba Allah nih. Aku tak tau nak describe dia cemane. Dia dah ade girlpren kot, yang dia rajin bebeno mesej aku pahal? Aku sampai tak tau nak bagi reason ape kalau taknak reply whatsapp dia. Soooo, awakk, jangan mesej saye lagi lah. Pepandai awak lah hidup dengan girlpren awak tuh. Saya taknak kacau. Even saya dengan girlpren awak berkawan, tapi saya still gak taknak kawan awak. sorry. Lagipon, saya dah ade yang berkenan. HAHA

k, tak mau emo-emo ye cik ashida md anuar. So, untuk mereleasekan tensi yang melanda, aku sedaya upaya berusaha ngajak kengkawan aku walaupun aku tau semua busy untuk pergi makan durian sesame. And yessssss, some of them said, yessss!

sementara nak menunggu  si Marissa nih bersiap, posing dulu :)
 (mengalahkan mak datin dia nih bersiap! padahal pegi makan durian tepi jalan jeeeee)

eksaited sangat aku apesal?

yeahhhh! duriannnnn! 5 biji RM10!



macam makan ape je, asal sakan sangat nih? HAHA

kerakusan melanda, nak bukak tisu je pon. haha

ye wani? apa yang kau cuba lakukan sebenarnya? haha



second round punyeeeee, fuhhhh!

ye, saya sedang menghirup air masak dari bekas buah durian tuh.

dan ini adalah durian crepe!!!
tak tau lah kalau sebab aku dah makan durian terlalu banyak ke ape kan, tapi aku rase durian crepe nih biase je, rase durian jugak lah kan. haaaa. so, at least aku dah rasa? korang dah?

p/s : someone asking me, "Siape yang confess kat kau tuh? Budak mane weh? And siape budak engine yang kau pandang tepi jalan tuh? Amboiii, kemain kau sekarang!" K, aku nak tergelak. Don't you think that orang yang confess kat aku dan budak engine yang aku pandang tepi jalan tuh adelah orang yang sama? yeahh, he is UIA'ian. HAHA, kbyeeee

JASA Live To Inspire (JALIN) #Part3

K, seriously, gua busy teramat, tapi wa gagahkan diri mencarik masa demi menyudahkan cerita 3 hari 2 malam wa :)

DAY 3 : 25 NOVEMBER 2012

Yeah! Aku bangga sebab aku lah orang pertama yang bangun pukul 5 pagi tuh. Nak tau? Posisi ketika nak tidur dan ketika bangun adalah sama! Nih menandakan yang aku penat teramat! Lepas solat subuh berjemaah, macam biasa, buat tazkirah sikit. Sampai lah pukul 8. Nampaknya cuaca mengizinkan untuk buat aktiviti kat luar nih. So Amin cakap suruh dyorang siap-siap sebab kitorang nak jalan-jalan keliling kampung, nak amek udara fresh katanya. 


Muka mengantok masing-masing :)



tengok tengok!
Anjing berterabur kat depan tuh?
dah cakap tempat nih memang banyak speisis nih :(


sebelum tuh, bergambar lah dulu :)


tengok! mase nih PM yang start posing dulu!
aku pon melayan! same-same gila! HAHA
takde sape nak dengar Amin cakap!

So, kitorang pon jalan ramai-ramai seluruh kampung. Tengok semua rumah. Pagi-pagi memang anak-anak dyorang dah bangun, macam macam kerja dyorang buat


tengok muka tempe aku, Anis dengan si Amin dengar si Sofy nih cakap :)



comel kan??

Lepas keliling satu kampung, kitorang balek Surau, sebab nak sarapan, pukul 10 jugak lah baru nak sarapan. Time nih lapar kott. Ahh aku nih, entah bile entah yang tak lapar. Tapi dok sini, asyik makan jeeee, best wehhh, hehe, biro Catering pon memang masak sedap. Thanks lah biro Catering!


Anis tengah suap Fadhilah. Aku kat belakang tuh suap diri sendiri :)




As usual, lepas sarapan, kitorang akan bungkus sarapan, and bagi kat penduduk kampung. Jadi berjalanlah lagiiiiiiii. Time nih kaki aku dah melecet sangat, dah merah-merah. So tampal lah plaster. Sekali Amin ternampak.
"Kenapa kaki tuh Shida?"
"Hurm, melecet. Kasut baru tuh."
"Laa, kenapa tak pakai stokin?"

Haaa, time nih aku rasa nak sorokkan muka aku kat dalam beg! Malu okay bila lelaki tegor part-part begini. K memang salah aku, aku bawak sepasang je stokin, sebab stokin lain tak kering lagi sebab baru basuh. Stokin tuh pulak entah ape yang aku pijak, basah habes kot. Teros tak selesa nak pakai. So peringatan lah untuk aku. Jagalah aurat walaupun kat mane kau berade!





Amin nih kate kurang daging, larat pulak dia kan?


takpe, praktis nak jadik bapa mithali ye :)

k, meh nak cerita. Nak tau time nih aku buat ape? Aku dengan group aku pergilah distribute makanan semua kan, Mane rumah yang ada anjing, aku tak pergi. Aku dok jauh sikettt. Aku sebenarnya time nih mengantok, penat pon ye jugakkk. Aku cakap dengan bebudak nih aku  nak balek kejap. Aku tak selesa! Haaaa, aku masuk surau, aku teros membuta! Mengantok sangat! Sumpah tak tipuuuuuu. Sampailah tetibe aku terdengar suara Amin! Teros terbangun! Bagus sangat Shida terbaring kat situ depan semua orang. Mesti Amin kutok aku, dahlah tak buat kerja ape pon, lepas tuh boleh pulak membuta, hehe :)

Then, pukul 12 patotnye closing ceremony. Tapi pukul 12 tuh baru nak set up barang semua. K, sedikit terpancar betapa masamnya muka aku time tuh. Ahh aku nih, dahlah membuta, pastu nak merungut kat orang pulak kan?Then sebelum tuh Amin tanye lah, ade sesiapa tak yang nak jadi MC untuk closing ceremony. Semua macam diam. And tetibe aku cakap aku nak. Well, time nih aku tak paham dengan diri aku. Kenapa aku sanggup buat benda yang aku tak pernah buat? Pegang mic tuh setahun sekali okayyy. Tapi aku cakap dengan Amin, aku taknak lah membebel sorang-sorang kat depan, nak beregu! Beregu pon boleh shidaaa! Ingatkan Dila nak lah volunteer ke kan. Sekali Amin cakap "Haa, takpelah, kite berdua jadik MC sesame"


Takdelah berdebar mane, tapi aku wat rileks, wat peace, wat cool :)
Boleh tahan jugaklah tinggi aku kan? kahkah, sorry Amin


See? Ape lagi Abang Faiz nak komen tuh?


Eh, tetibe makin serasi pulak aku kat depan tuh membebel :)


Sempat kan shida???


Lepas penyampaian hadiah, teros makan :)

So, lepas habes closing ceremony, kitorang kemas barang, bersihkan musolla semua. Dan aku rase dah last-last nih baru nampak yang aku macam bagi arahan. Nak balek punya pasal kan? Laju je laaaa


fuiyoooo abang zahir, kuatnyewwww :)


bukti i pon kemas barang jugak :)

so, sampai UIA, pukul 6 okayyyyyyyyyy!
and thank you to all of you sebab berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk program nih dengan jayanya. Untuk Amin, sorry kalau sebab aku, kau takde selera makan malam tuh. Sumpah serba salah. Nak mintak maaf tapi tak sempat. Thanks jugak bagi tunjuk ajar kat assistant kau yang tak tau pape nih. Thanks jugak bagi kerjasama yang paling maksima and aku terharu kau cakap aku adelah APC yang terhebat! hoho. Tahniah jugak sebab walaupun nih first time kau jadik PC, tapi aku nampak effort kau nak make sure yang semua berjalan mengikut ape yang kite dah plan.

Buat Anis dan Dila, thanks sebab ade dengan aku all the time. Anis, sorry jugak pasal malam tuh. kau makan siket sangat, aku dengan Dila jadik serba salah kot, Sorry again. Dila, kite kat memane asyik berdua je kan, tak sangke pulak boleh rapat. Thanks tau koranggggg :)

Untuk team group 1, maaf aku banyak kali tak join korang. Sooryyyyyyyyyy T_T

Dan untuk ahli JASA yang lain, maafkan saya kalau ade tersalah cakap, tersalah bagi arahan, tercarik pasal, terkurang ajar, terover eksaited. Sorry, and hopefully, akan ade lagi program macam nih.


Thanks semua :)

Tamat sudah cerita 3 hari 2 malam aku. Fuhhhhh. Dah, Esaimen berlambak, berderet-deret, berterabur, bersepah mintak wa setelkan. Bye koranggggg.
 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR