tadi gua baru lepas menghabiskan duit dengan Wani and Ain! Shopping like HELL. tapi tak ade lah hell sangat, aku habes LIMA PULUH jeee, phew pheewww :(
tetengah aku sibuk cerita pasal budak engine gua kat dyorang,(tak payah nak budak engine gua sangatttttt) baru gua tau, dia pon ade rapat dengan budak ICT! kahkah. Marilah kita bersama-sama memboikot guys from ECONS! HAHA
okay, that is not the main point actually =,="
so, mase nak tunggu Ain withdraw duit tadi, aku berdua dengan Wani. Wani cakap macam nih. "Haishhh, penat aku nak jawab satu-satu. Tadi dia tanye keluar dengan siape, aku dah jawab. Keluar naik kereta siape, aku dah jawab, nih tanye pulak tengah buat ape."
And at that time, aku mula teringat zaman jahiliah aku dulu. Yes, aku pon macam tuh jugak dulu. Bila tengok Wani always dengan phone, sedikit kecemburuan melanda fikiran dan hati. okay, boleh pergi mam dengan aku punya cemburu.
Beberapa minggu yang lepas, (ayat karangan budak SPM tapi umur dah 20 tahun) group aku kena present untuk subjek Business Ethics. Sejujurnya subjek tuh tak susah tapiiii, okay, biarlah rahsia. Then, disebabkan dah 3 kali presentation kitorang asyik tertunda, perasaan nervous tuh pon hilang entah kemane. So sedar-sedar je, presentation dah tamat. Dan yang paling terkejut, majoriti kitorang dapat markah yang tak disangka-sangka. Sir mula memuji seorang demi seorang. And lepas je duduk kat tempat memasing, Sha teros pegang phone dia dan aku dengan TIDAK SENGAJA ternampak sikit isi kandungan mesej tuh. Nampaknya ditujukan untuk Nasri. Maybe nak bagitau yang presentation kitorang run smoothly and so on.
Ye, aku pon macam tuh jugak dulu.
And petang tuh, dapat markah mid term Bahasa Melayu. And bila sampai kat part aku, cikgu pon cakap "Haa, awak kalau nak kurangkan markah, saya boleh tolong, tapi kalau nak tambah dah tak boleh."
Aku pon "Apesal pulak cikguuuuuuuuuuuuuuu?" K, itu monolog dalaman. And bila tengok markah aku, sumpah rasa nak sujud syukur kat situ jugakkkkkkkk. Got full marks! (padahal BM je, kalau Decision Science?) Dan dengan tiba-tiba aku teros pegang phone, teros nak taip mesej, dan tetibe tangan aku berhenti. Kau nak mesej siape Shida? Haaaa??
Dalam aku terfikir yang aku takde seseorang untuk dikongsi berita gembira, aku terlupa yang aku ada mak ayah aku yang tiap-tiap hari mesti tertanya-tanya ape aku buat, apa yang aku makan, macam mane aku punye belajar, and everything! Balek je bilik, aku teros call mak aku, cerita dari alif sampai yaa. Dan lepas call, aku teros menangis. Alhamdulillah. AKU BUKAN FOREVER ALONE.Yeah, He helped me to understand that difficult times can make me stronger in the end, even though it may not always be easy to see.
dear youuuuu,
kadang-kadang kau marah kenape life kau macam nih, macam tuh and kenape life kau tak bahagia macam orang lain, kan? Tapi bagi orang macam aku yang dah ditimpa banyak masalah, sometimes kau kena bersyukur kau antara orang-orang yang terpilih untuk diuji. Dan aku masih memegang prinsip bahawa, setiap yang Allah bagi kat aku, semua tuh sementara. Kalau Dia nak tarik balik, sekelip mata Dia boleh buat. Tapi percayalah, setiap yang Dia tarik dari hidup kau, maknanya Dia nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. dan kita? Bersabarlah :)
Sekian, tazkirah yang tak berapa nak tazkirah. Esok kelas gua pukul 10. Gua nak pergi kelas awal sebab nak bertentang mata dengan budak engine tuh, haha. bye.
No comments:
Post a Comment