16 November 2012

iye, setelah ditambah, tolak, darab, bahagi and square root in bracket, lagi sebulan je gua nak cecah 20! 


taknak 20 lagi boleh takkkk?

kiranya aku ade masa lagi sebulan untuk perbetulkan keadaan. tak sedap ohh kalau umur dah 20 tapi still tak ade perubahan dalam hidup kau sejak kau lahir. aku dah mula nak carik identiti sebenar, tapi takot tak istiqamah. Al-maklumlah, pengaruh sekeliling memang kuat betei! Yang penting sekarang nih, aku :

  • sedang memikirkan ape nak buat on 16 December 2012. ohhh, no more birthday party. don't worry :)
  • tengah carik designer yang boleh design dress aku untuk someone's wedding. (kau ingat kau retis nak designer bagai?)
  • nak beli #SpermaCinta2.0 Kerang Sengih! lol, how come bende nih boleh masok dalam important list kau?
  • siapkan segala assignment(S) before birthday aku. final exam start 31 December kottttt.
  • last but not least. make at least satu perubahan untuk umur yang ke-20 nih, okay?
tadi tengok Istanbul Aku Datang. Not bad. tapi ada part ayat ayat yang Tomok bagi kat Lisa tuh, kenapa semua orang macam terpegun gila eh? Aku serius tak rase ape-ape. Maybe kata-kata manis dari seorang lelaki nih memang doesn't mean anything dah bagi aku kot. Tak kisah lah in real life ke tak. Tapi yang real life pon mesti kopipes dari derama ye dak?

dan situasi sekarang nih, aku tengah in love dengan buku-buku indie. cer bukak lejenpress punye website kat SINI. aku tak minat membaca sebenarnya tapi Cikgu BM aku suruh pupuk semangat membaca. So takde dosa kot kalau aku bace buku-buku camnih. Yang selame nih aku dok kecoh-kecoh kat twitter tuh kan, semua cakap aku lucah. Kuat berangan le korang nih. Memang lah tajuk Sperma Cinta, tapi takde pulak dia cerita pasal sperma dalam tuh. lol.

nampak tak caption yang "Lebih kelakar daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah"?
that is the main reason kenapa aku beli buku nih.
bukan kerana title tuh, pehe dok?
aku bet, takkan rugi kalau korang beli.
time kena bebel dengan mak, time kena bash dengan lecturer dalam lecture hall depan semua orang, time kau tengah down kena dumped dengan pakwe/makwe, bolehlah baca buku nih.

dan sekarang aku tengah nak habeskan Awek Chuck Taylor.


dah, gua nak khatamkan malam nih jugak. nanti gua tulis review. kahkah. tak payah nak review sangat Shida. Kalau kau bagi review pasal buku Business Ethics ke, buku Decision Science ke, tak ape gak kan? Bolehlah Sir Yusof bangga dengan kau, silap-silap boleh jadik assistant dia next sem? okay, bye!


No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR