Malam Persalinan #ShidaNabil

Ada orang kata Malam Persalinan ni macam Malam Berinai Besar.
Aku pulak tak tau apa beza malam berinai kecil dan malam berinai besar. Tu lah, sejarah tingkatan 3 dulu kau buat main main!

Malam Persalinan ni kitorang buat hari Jumaat malam Sabtu, right after kitorang nikah.
Mak dengan ayah setuju. Mak paling semangat. Dia yang suggest sebenarnya suruh aku buat malam persalinan ni. Lepas tu, aku bagitau Nabil jugak.

So perbualan kitorang lebih kurang camniii :

Me : Saya nak buat malam persalinan.
Nabil : Malam persalinan tu macam mana?
Me : Malam tukar tukar baju. Kejap pakai sari, kejap pakai ceongsam, kejap pakai baju korea. Haaa camtulaaaa.
Nabil : Lepas tu photographer amek gambar tak time tu?
Me : Kita add on la untuk event ni. Kena lah ada, kalau takde rugi lah pakai cecantik!
Nabil : Awak sorang je?
Me: Yessss.
Nabil : Dah tu saya?
Me : Awak nak ke pakai baju macam tu?
Nabil :Awak sorang je la nak nampak cantik ni?

Kayyy rupanya laki aku pon mengada jugak nak bergambooooo haha

So, dari bridal yang sama, maka akak tu pon offer kat aku baju baju yang aku nak. Kalau untuk aku sorang, dia offer 4 helai. Tapi sebabkan Nabil nak sekali, maka jadilah dua pasang sahaja.

So, what theme for that night?

Disebabkan akak tu punya baju untuk lelaki sangat lah limited, aku dengan Nabil setuju nak pilih tema 'Diraja' dan 'Jawa ala ala Minang'

Kita tengok dulu pakaian tema Jawa ala ala Minang ni acanooo




kain batik songket Jawa. Atas pakai corset. 

Tengok Nabil! Haha







Okay, meh tengok pulak tema Diraja. Tapi kalau tengok betul betul, macam zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu haha



Muka tu macam seorang raja yang zalim hahaha


Dinda akan setia pada kanda buat selamanya hehe








Hiksss donee!

Lepas dah tukar baju, keluar lah kejap tengok apa apa yang patut.
Kalau nak tau,masa ni khemah tak siap pasang lagi okay. Ayah aku dah macam susah hati. Sebab masa akak aku dulu, harikhamis dahsiap. Aku ni, masa nikah pon tak siap siap lagi. Masa nikah memang guna dalam 3-4 khemas je, so yang the rest tak siap pasang lagi

So sempat selfie dengan Ekha mok mok

Wani taknak bergambo time ni. Dengan alasan dia takde mekap, aku pulak mekap tebal lagi hehe

K,tunggu majlis resepsi pulak okay byeee




No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR