Reception #ShidaNabil

Malam lepas persalinan tu aku tido dengan Wani tau, belum dengan Nabil lagi hahaha. Nabil tido kat homestay yang aku dah sediakan.
Aku memang berterima kasih sesangat kat Wani sebab sudi tido rumah aku, temankan aku semua bendaaaaaa. Haishhh rasa nak nangis pulak bila kenang balek

So nowwww, tiba lah hari yang aku nanti nantikan.

Nah close up baju sanding iolls. Too big for me :(

Ni mini photo booth. Kira okay dah ni.

Ni pelamin sanding aku. Sebelum runtuh. Haha. Masa ni lampu tak bukak lagi.

Ni masa dah pasang lampu. Macam takde beza kan? Haha kayyy

Ni la warna tema khemah aku. Not red okay. Soft Pink and Maroon.

Ni meja beradab.  Ada 10 kerusi, dua pengantin, yang lagi 8, haa untuk family Nabil.
Bunga bunga atas meja tu, haaa pagi tu Ayah baru geledah rumah, jumpa pulak. So tu bunga rumah aku hahaha

Goodies belum susun penuh lagi.

Dalam beg ni untuk orang dewasa, consist of : Air kotak (1), Dodol (1 mangkuk dadih tu), Kuih Cakar Ayam (1 mangkuk ada 2 keping).
Mohon jangan tanya aku berapa harga sebab bukan aku yang bayar.
Goodies ni fully dari ayah.Thank you :)
Kalau untuk budak kecik, kitorangbagi Popcorn. Besar jugak saiz tu.
Sponsored by my sister Aiyu, thankssss

Aiyu and Opal :)

Untuk majlis kahwin aku ni, memula Ayah taknak pon tempah makanan side yang lain tapi dek kerana pujukan kitorang anak beranak, Ayah pon setuju!

Tarrraaaaa! Apam balik Aliff World kot nama dia. Yang ni sedap woi!
Recommended! Boleh carik kat facebook. Tak silap dia charge ikut hours. Bukan ikut pcs.

Jugak ada cendol songkok tinggi!

Antara tetamu terawal yang hadir. Pakcik ni kitorang kenal masa buat Umrah dulu. Alhamdulillah terus jadik rapat. Haha

My bridesmaids!!!

Ramai tanya aku beli kat mana dress ni. Mackcik aku ramai puji cakap macam pari pari pon ada haha Actually, aku nak sponsor kain jakel kot. Haaa tapi dyorang ni memasing malas nak gi tempah. So aku decide beli dress dah siap je. Baju ni kalau korang perasan bersepah orang jual kat IG. Harga sampai rm80 makkk aiii tak mmapu iolls nak sponsor sampai 6 pasang hahaha. Maka aku ke GM Klang, terjumpa satu kedai ni. Beli 7 pasang (satu lagi untuk aku haha) jatuh la harga RM40 sepasang. Murah gilossss. Maka pergilah ke GM kalau nak carik baju ala ala camni 

Tak kenal -,-

Acah acah je time ni hahah

Ini acah acah level sejuta haha


Mak andam tengah siapkan laki iolls kat area surau.

My family in law :)

Amboi abanggggg

Atok. Dah 89 umur dia. Tapi membaca still power agiiii

Abang poyoooo

Nak kena salam dulu rupanya hahah

Malu malu kucing hiksss

Nampak tak aku happy gila?
Dua tahun kot menyemai cinta haha

Pengapit weolls

So far aku puas hati denganhiasan meja makan beradab. Warna dalam ni tak berapa nampak.
Tengok real baru cantik woiii

Kekok jap sebab semorang tengok hiks.

Udang depan mata mampu tengok je sebab nanti kang aku makan comot sampai ke hidung haha





Officemate Nabil. Thanks kak fiza sudi datang


Kek ni hurmmm jujur tak sedap haha

Geng praktikal. Sampai sekarang rapat woiii haha




Mak Uda Nabil :)

Adik Ayah.

Cinta hati dunia akhirat. Thank you bagi Ating kahwin haha


1. Untuk khemah. Ayah tempah 10 khemah. 7 untuk para tetamu. 1 untuk makan beradab, 1 khemah untuk orang sebelah and 1 lagi ayah buat untuk reunion kawan askar dia hahahah. Complete dengan scallop dapat dua warna, meja kek, meja + kerusi beradab, ada stage, kipas yang beso gila tuuuu and entah apa lagi entah haku tak ingat haha. Nama company tu haku tak ingat, tapi kalau nak contact no boleh whatsapp aku. Harga, sejujurnya mahal gila woi. Tapi ni ayah aku dapat less. Hiks


2. Semua orang tau kan ayah aku memang buat bisnes catering. Sooooo, segala makanan berat memang team ayah aku yang masak. Ada nasi putih, nasi minyak, daging masak dendeng, kari kambing, sambal sotong, and ape benda lagi tah sumpah dah tak hingattt haha. Ada ayam golek. Yang ni ayah aku upah orang lewww. Lepas tu ada apam balek dengan cendol songkok tinggi. Siapa nak contact no, boleh whatsapp aku. Nanti aku tanya ayah aku hahahah

3. Pelamin sanding + mini pelamin untuk nikah + baju kahwin L&P + makeup (empat kali) + baju nikah L&P + baju persalinan 2 pasang L&P + pintu gerbang + mini photobooth + inai full cap tangan kaki + spa = RM3100. Aku amek dengan Suriembun Andaman Spa. Boleh search kat FB. Nama dia Kak Su. Aku booked lima bulan awal kot haaaa.

4. Pasal pakej photographer haaa nanti aku hapdate. Hahah. Sekian.

Solemnization #ShidaNabil
Malam Persalinan #ShidaNabil
Outdoor Photoshoot #ShidaNabil



No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR