Sukacitanya dimaklumkan that i am now officially married! HAHA! Okay, part cerita umrah aku pon tak habes lagi sebenarnya. So, kasi can la aku update pasal kahwin ni dulu eh. So, first of all, aku takkan update pasal checklist dari awal sampai akhir, so nak bagitau siap siap la entri ni maybe tak bagi apa apa point sangat tapi takpe engko boleh la scroll scroll dulu tengok apa aku nak bebel japgi.
1. Kad Kahwin.
Aku orang Seremban. So, wajarlah order kad kahwin kat Seremban hiks. Actually ramai je tempah kad kahwin secara online. Tapi aku ni jenis suka pegang/rasa material benda tu sebelum beli. Walaupun ianya hanyalah kad kahwin yang selepas tu orang akan campak campak je, bagi aku material kad tu sendiri tetap penting haha. So aku tempah kad kahwin dekat Seremban Pelangi Print. Aku tak ikut sangat pakej dia. Aku bawak Ayah pegi kedai, tengok terus segala contoh kad yang dia ada and pilih. Kad kahwin ni Ayah yang nak sponsor, so aku tak boleh nak demand sangat ah cite dia. Ayah suka tulisan hitam putih, no color! Kad tu yang berwarna tak apa. So ayah pilih kad tu warna cream ada glitter siket2 dengan sekeping berharga RM0.32, dengan minimum order 800 keping + free sampul + free 2 keping bunting. Bunting tu haa boleh pilih design mana korang nak. Macam aku, aku pilih pinkkkkkk
Inilah hasil soft copy dia. Kalau soft copy memang kosong camni la, tapi bila dah print kat kad, awesome jugak hasil dia weyyy, jadilah macam nii
kalau nampak glitter tu baguslah, kalau tak nampak tu haa nasib engko leee haha
ni contoh design bunting aku. Sebenarnya wording Majlis perkahwinan tu warna hitam. Tapi aku tak jumpa dah soft copy ehh. Haaaa aku bedal je la lawo tak lawo. Nak pakai sehari je ponggg.
2. Catering
Sebab kan ayah aku memang dah pun berkecimpung lamanya dalam hal catering ni, maka ku serahkan segalanya kat ayah.
Ayah jenis yang tak suka gabungkan hari nikah dengan mjlis resepsi in one day. Kelam kabut nanti katanya. So, aku nikah hari Jumaat lepas habis solat Jumaat. So, makanan masa tu ayah upah orang masakkan, tapi pinggan mangkuk tray sudu garfu semua from my dad. Ayah requested on lauk ala ala kampung. Dah upah orang siap siap untuk basuhkan semua. Lauk masa resepsi pulakk haaa tu nanti iolls ceritaaa
3. Pakej Perkahwinan
Aku ni jenis yang kalau boleh pelamin make up baju semua biarlah datangnya dari satu tempat. Malas nak pikir pikir. Kang tak ingat make up amik dengan siapa, pelamin dengan siapa. Haaaa kang kelam kabut. Plus, bole jimat kos tauuuu!
Jap aku listkan.
- Baju nikah lelaki & perempuan
- Baju persalinan malam lelaki & perempuan (2x)
-Baju persandingan lelaki & perempuan
-Mini Pelamin (1x)
- Pelamin Sanding (1x)
Make up (4x) (Nikah, malam persalinan, Bersanding and outdoor)
-Mini Photobooth
- Spa (sauna, body scrub, body assage, facial, mini pedicure)
- Inai corak and cap (tangan dan kaki)
*and semua include accessories
Nak tau total berapa?
RM 3100 JE TAU TAKKK.
To me, it is very cheap and still under budget.
Nak tau, dengan bridal mana? Haaaa nanti nati. Hiksss
Ni mini pelamin aku. Untuk bertunang.
Cantik kannn? Yang corak tu pakai instant. Yang dekat jari pakai inai asli.
its me its meeee!
Bunga tangan buat sendiri. 15 kuntum bunga rose soft pink. Hikss
Thanks Wani sanggup amek leave untuk akuuuu!
Terharu!
Waiting for my husband-to-be.
Ni je yang ada time aku nikah hahaha sedih kayyyy
Thanks tolong akak pasal bunga and goodies.
This is the surprise of the day. Actually, memang aku ada request nak rantai tangan. Tapi mak marah. Dia cakap tak baik mintak mintak. So, I thought i will get another ring, but...thanks a lot hubby!
Thanks a lot to this super woman. membesarkan aku yang degil sampai ke hari ni.
Thanks bagi Ating kahwin walaupun mak tau Ating ni tak tau buat pape :(
Opal nak pi manaaaaa
Dapat phone je terus nak bawak lari.
My future-other half dah sampai!
Muka cuak tuuu, I tau
Masa ni Alhamdulillah dah sah! Alamdulillahh
Settled!
Lafaz apa entah nama dia. Heee
Duit mas kahwin. Awat letak dalam tuuuuu
Ayah thank youuuuuu for everything. You are still the king of my heart
Lepas tu pegi mini outdoor pulak.
Yayyy dah boleh peluk peluk heee
Tengok aku pakai kasut apaaaa. Kasut sebenar tertinggal! Huhu
So sekian hari pernikahan aku. Next entry (tak tau bila), aku akan cerita pasal malam persalinan, majlis resepsi, bridesmaid, photographer, goodies and semua laaa hihi
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment