A silent SHOUT!

Just one thing!
ALHAMDULILLAH
and
THANK YOU ALLAH!
Because I know YOU always listens.

Unexpected result! 
Seriously!


p/s : Time cek result nih, gua tengah pakai pakai telekung. Sumpah teros nangis, then sujud. Agak susah untuk dilakarkan perasaan time nih. Perghhh, ayat aku tak payah nak mintak kaki sangat.

a weekend well spent with you


Assalamualaikum, and hello guys. What's up? Have you ever wondered why babies are so sweet-smelling? That smell was very calm and when the babies are growing up, that sweet-smelling is slowly disappear. Do you know where that sweet-smelling comes from?

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA (hadith dhaif)

k, point dia sekarang. bende nih takde kaitan pon dengan ape yang aku nak post. haha. Saje je nak share something before i'm starting to potpet potpet kan. So, ade orang tuh dah masuk sem 2 kat MICET. Sebelum masuk lagi, dia dah plan awal awal nak balek hujung minggu sebab nak jumpe aku, ohhh so suwittttt gitu. 

so, tujuan utamanya keluar, sebab nak belikan hadiah untuk Berq2.
ala, lupa plak nak amek gambar hadiah tuh, hihi

so, selamat Hari Lahir wahai kembar.
May Allah bless you always.
Best tak kenal akak? HAHA

Maka, selepas itu. Ohh, lupa nak kabor. Jengkel jemput aku keluar time nih weh. Terharu ohh terharu. On the way nak hantar aku balek, kitorang singgah taman permainan kat area rumah aku. Nak camwhore + buat video kononnya. HAHA













TO BE HONEST! aku tak pernah dan tak reti nak buat mimik muka macam nih sebelum nih. Nih semua aku belajar dari Jengkel. Dan kalau perasan semua gambar tuh macam fokus kat muka aku je. Pandai camera aku nih behave. HAHA. Bukan salah akak tau Eira. Akak dah fokuskan kat muka kita kot but end up macam nih :P

Esoknya plak hari Jumaat, aku sebuk nak buat Red Velvet. Okay, Pasal Red Velvet nanti aku cerita yeee. Selepas berhempas pulas mengerjakan Red Velvet tuh, teringin nak bagi Eira rase, walaupun sebenarnya aku segan kot nak bagi orang rasa air tangan aku. Haaaaa. So, tetiba Eira cakap dia lapar. Dia ajak aku teman dia makan. Selera diaaaaa, Ice Room tuhhh. 

yang nih always faveret aku. spaghetti white cream sauce kot name dia.
dan kebetulan Eira pon order benda yang same.
Nampak tak segala kimia, biology, fizik yang ade kat kitorang?
okay, hambar
tapi aku segan dengan dia nih. Sebab dia yang bayarkan semua. SEMUA! Aku nak bayar tapi dia taknak terima duit aku. Sedih. Macam tak laku je duit aku tuh. Ok, bye!
So, kitorang balek time Maghrib2 tuh. 

Sampailah hari ketiga, which is hari Ahad. Aku teringin nak buat kerja gila yang mana saje nak jumpa dia 3 hari berturut-turut. Okay tak gila mane pon sebenarnya. 
Yang paling tak leh bla, aku ajak dia pakai baju kaler kuning sesame, tapi tu lah Eira, pi letak kat MICET baju dia tuh, nak bagi sape pakai? Una? Mariam? Mimy? HAHA, okay, tak lawak!
So, aku decide nak pakai baju kaler purple, Eira bantai singgah Giant beli inner kaler purple.


and here it is~

dan dengan bangganya Eira pon pecah rekod tiga hari berturut-turut jemput aku kat rumah. Dengan tak semena-mena, tetibe Najiy mesej Eira cakap bosan. Wah Najiy, lawan tokeh nampak. Sekarang bosan terus ajak Eira, terus lupa kat aku nih kannnn. Fine Najiy.

Dan kitorang yang macam orang kaya sampai konvoi 2 kereta nih pahal kan?
ade 4 orang je padahal nye ponnn.

follow si retisss nih haaa.

Mula-mula nak makan cendol kat Kampung Sentosa, sekali tutup!
Penyudanya melepak kat Stadium tuh haaaaa!


atas permintaan Najiy, dia nak dok tengah-tengah
bajet artis betol! HAHA



adekah saya kelihatan gemok?


tak senonoh betol aku, maghrib nihhh! haha

so, untuk tatapan terakhir, terima lah video pertama dari kitorang berdua!
and seriously takde niat pon nak jadi Vlogger! In fact aku pelat 'R' lol!
kahkah



Mesti Najiy bangga nama and gambar dia ade dalam video kite nih kan Eira? HAHA

So, sedikit ucapan penghargaan dariku untukmu. *Puihhhh!*
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan akak.
Layan kerenah gedik/mengada/menyampah akak nih.
Thanks jugak sebab sudi jemput akak kat rumah selama tiga hari berturut-turut.
Thanks jugak sebab belanja akak macam-macam. Belanja makan, belanja beli shawl, bagi pinjam kot. Phewww. Sumpah part nih akak segan sebenarnya nak cakap. And thanks for EVERYTHING. You just made my day lah.
So, belajar rajin rajin for this sem, jaga diri leklok, makan jangan lupe. And last but not least, JANGAN LUPA AKAK. haha
k bye.

kecelaruan personaliti

am i too rough?



kalau rasa aku bergurau kasar, jangan sesekali ajak aku bergurau.
i am not the type of person yang nak serius je memanjang,
*belajar dari si Leplep

when you are in social network, you should behave yourself, is it?
jadi setiap kali nak post status kat fesbuk/tweet,
 memang nak kena letak 'haha' or ':P' at the end of the sentences lah?
it sounds so gedikkk paham tak?
dan aku buat macam tuh dengan orang tertentu je sebenarnye,
kalau aku tak letak 'haha' 'hihi' doesn't mean yang aku tengah serius.

memang ade je kan orang yang, dia tengah buat lawak, tapi muka serius nak mati.
tapi aku bukan macam tuh la, sebab siapa yang kenal aku, aku serius time study, time dalam kelas dan time BERCINTA je :P
see, kat mana aku letak smiley?



HAK TWEET HAK KAMI
HAK KAU, HAKKKKTUIHHHH
*don't you think that i am making a joke right now?
kalau ayat nih pon kau cakap aku kasar, i will change. i WILL





gonna make a video to show you the way i talk
*bajet ade orang nak tengok*
*kalau ade mase, aku buat*

do understand me well, can you?


p/s : acane gelpren kau boleh feghend dengan aku 'punyaaaaaaa'?!! Can't accept that! SERIOUSSSS!





Kenapa Kena Kahwin time Belajar?

Rasulullah bersabda :
 Barang siapa di antara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh, celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)


Macam aku cakap sebelum nih, aku nak cakap pasal kahwin awal kan. k kalau nak tahu, (kalau nak tahu lah, kalau taknak tau, lantak kau lah) aku adalah salah seorang yang tidak menyokong perkahwinan ketika belajar. K, i repeat. Aku tidak menyokong PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR, bukan perkahwinan di usia muda!

Meh nak cerita cket perbualan aku dengan mak aku masa on the phhone hari tuh

Aku  : Mak, mak tak bagitau pon kawan Ating kawen.
Mak : Masalahnya dia jemput pon keluarga terdekat dia je.
Aku  : Owh serious? (Dah start pk bebukan dah). Mak, mak tau tak dua-dua tuh kawan Ating, sebaya Ating kotttttt. Dyorang belajar lagi kan?
Mak : A'ah. Kat Melaka, satu kolej je.
Aku  : Mak!!! dah tuh cane lelaki tuh nak tanggung pompuan tuh?
Mak : Yang kau sebok kenapa? Dah family dyorang setuju.

Tetiba terdengar suara kakak aku. "Dah la Ating, dyorang dah selamat kawen pon, kau risau beno apesal?"
Teros aku tukar topik!

k, meh aku nak state reason aku kenapa aku membantah. nih kalau dua-dua adalah student!
  1. Nafkah

    Aku bukan nak cakap aku materialistik ke ape okay, but first thing yang akan terlintas dalam kepala otak aku adalah pasal nafkah!For those yang dapat JPA, or dapat elaun beribu-ribu sebulan dari Fa&Ma, boleh diam sekarang!

    Cerita siket, kos sara hidup dekat KL nih sebulan berapa?K, tak terkira kan? Sila diam. Walaupun Allah dah janji, yang Allah akan permudahkan jalan kita, but still somehow kau kena fikir kita tak pernah lari dari ujian.

  2. Tanggungjawab

    K, acane nak spend time dengan jadik student nya? jadik laki orangnya? jadik bini orangnya? Because both of you are students. Tetiba aku terbayang kan, bila aku kahwin time belajar, time aku tengah khusyuk buat assignment, tetiba laki aku, "Sayang, buatkan abang nescafe" Kalau letak 'Sayang' tuh agak sedap siket, laju je aku buat, dapat lak laki aku tengah tension, assignment kene reject or whatever kan, teros cakap camni " Shida, nescafe satu, cepat siket!" Pergh pergh pergh! Memang tido luar jawabnya! HAHA

    Dan ofkos, bila berkahwin, automatically, kita sebagai perempuan haruslah mendengar kata suami. Aku ade kawan dengan someone yang dah kahwin, dia live off campus, bila nak buat discussion, memang lah kene mintak permission husband dia, tapi sumpah wa cakap lu, dia tak pernah datang discussion kitorang! Tak yau lah laki dia tak bagi ke ape kan. Dan kali nih aku cakap pasal ruang kebebasan dalam berkawan. Kan dah terbatas kat situ.

    Dan bila kau dengan tak sengaja terkecikkan hati suami kau, pergh berdosa!!!

  3. Belajar

    Somehow, orang akan pertikaikan, kenapa nak kena habes belajar dulu, baru kahwin? Sedangkan menuntut ilmu tuh biarlah sampai ke liang lahad. So, bilanya nak kawen, kalau kena tunggu habes belajar? K, aku dah start nak bagi hujah nih. Nih pendapat aku, ape lah salahnya, habeskan diploma/degree tuh dulu kalau ye pon nak kahwin? Can you imagine, dengan pregnantnya, morning sicknessnya, acane nak pegi kelas? acane nak belajar? Kau ingat lekcerer kau tiap-tiap hari nak bagi exemption kat kau? Buatnya time tuh tengah exam, kau ingat dia nak buat make up paper untuk kau sorang? Banyak lagi keja dia nak buat. Ika, kawan aku budak HS, dia cakap ade classmate dia matric no start dengan 05, but still dalam tahun kedua. Alasan, banyak cuti bersalin, cuti jaga anak sakit. Sekarang matric no dah nak masuk 13 kot. Can you see can you see?


    4. Ibu Bapa

    Kahkah, aku lupa nak masokkan point paling penting which is mak ayah! Sanggup aku edit balek nih! Ah, sekatilah belog aku. Well, semestinya untuk si perempuan, bila dah berkahwin, automatic syurga dia dah beralih arah dari seorang ibu ke seorang suami. Cer imagine, kau tengah belajar, mak ayah support, tup tup kau kahwin, mak ayah mesti keluar duit nak buat belanje kite kahwin sebab realitinya kita student, boleh pegi meninggal kalau harap kat duit PT, lepas tuh barulah laki kau pulak support kau. And dah laki kau pon student, sama je, end up mak ayah akan tolong support jugak siket-siket. so, macam takde beza je before and after get married? Pada aku, biarlah aku berbakti dulu kat mak ayah JE DULU before dah ade komitmen dengan suami dan anak-anak. Aku nak mak ayah aku rasa dulu gaji pertama aku. Puaskan hati dyorang dulu, make them happy to have a daughter like you. Haaaa, sampai satu masa, mesti mak korang tanya, bila nak kawen? At that time, kau nak kawen kat Bali ke, nak buat pelamin atas air ke, nak buat 30 hari 30 malam ke, lantak kau sebab kau punya duit. Tapi aku musykil dengan mak aku sejak akhir-akhir nih, ade sekali tuh dia kol dia tanya "Dapat pakwe baru ke?" K, aku tak cerita kat mak aku lagi pasal diaaaaaa. HAHA, segan! K, compared ngan mak aku masa aku sekolah, bila cite cket pasal pakwe, jangan harap mak aku nak layan. tapi sekarang? Yeah, maybe she noticed that I am turning to 20++


    Sebenarnya banyak point nak masukkan, tapi aku tak larat. Nanti siapa yang nak kawen teros terbatal niat suci lagi murni bila terbace post aku nih. hoho
gambar sekadar hiasan

k, ini pendapat aku lah, Kalau dah tertulis jodoh korang time belajar, maka tuh jodoh korang lah. Mohon jangan bash aku. Plus, perkahwinan nih hukum dia depends on situation. Akan jadik wajib bila sekian sekian, akan jadi harus bila sekian sekian. Well, siapa yang taknak kawen awal kan? Aku pon nakkkkkkk! Tapi boleh lah lupakan hasrat sedemikian ye wahai Ashida. 

Sekian, pembebelan di waktu petang lepas aku mengantok buat Decision Science.

p/ s : Aku nampak orang yang minat aku gegila dulu dah ade someone. Sebabkan aku reject, teros dia delete account twitter. Hurm hurm, tahniah. See! You deserved better kan. Dia lagi cantik dari Shida. (Cantik ke aku masalahnya?) Shida doakan hubungan nih berkekalan hingga ke jinjang pelamin! Jangan lupa jemput okayyyy! i'm happy for you. So, dah boleh kan buat account twitter baru? kehkeh




 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR