Puding Triffle Ashida Md Anuar :)

hey hey hey, rase dah lama tak post pasal makanan-makanan nih~
so, plan asal nak repair cream puff yang tak jadik dulu tuh, tapiiii
macam takde semangat nak buat, so lantak pi lah haiiii!

Tengah sesedap makan Johnny's kat Seremban 2, tetibe kakak aku cakap "Makan cepat, nak singgah Popular nih, nak beli buku SAJI mak."
Ye, mak aku peminat setia majalah SAJI!
Aku? Peminat Lawak Kampus je!
Tapi, aku tak pernah tak belek majalah SAJI yang mak aku beli setiap bulan tuh,
kekadang ade gak niat nak belajar masak, tapi bila tengok bahan,
okay, next time lah yeeeeee?

so, ini SAJI edisi November ye! btw, laki tuh hensem! pandai masak pulak tuhhh!

So, aku terjumpa resepi Puding Triffle dalam buku nih!
Tetibe mak aku, "Eh, jom kite buat nih!"
And I was like, "Mak aku ke nih? Minat pulak dia puding-puding nih."
so, meh nak listkan bahan-bahannye :)
BAHAN-BAHAN :
  • 2 gulung kek (swiss roll pandan)
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 biji telur
  • 1 tin buah-buahan koktel
  • 1 kotak jeli perisa strawberi
  • 1 cawan air
  • secubit garam
CARA MENYEDIAKAN :
  • Potong kek gulung dan susun dalam bekas kaca
  • Tuangkan susu, telur, air buah koktel dalam periuk. (Air buah koktel je, bukan dengan buah sekali)
  • Masukkan tepung kastard, gula dan secubit garam dan masak sehingga pekat dan berkilat.
  • Tuangkan ke atas kek yang telah disusun dalam bekas kaca tadi dan ratakan.
  • Taburkan buah-buahan koktel dan biarkan ia sejuk dan membeku.
  • Didihkan jeli mengikut sukatan pada kotak jeli. Setelah larut, tuangkan ke atas buah-buahan koktel tadi dan biarkan sejuk.


nih patutnye aku kena susun rapat-rapat!
nih baru first layer, aku buat dua layer! hoho

itu tangan mak :)

k, yang nih baru tangan aku! HAHA

nampak tak tuhhhhh?

lepas dah sejuk, siap untuk dimakan!

SELAMAT MENCUBA AWAK AWAK SEMUA ^_^

Allahu, sebenarnye sedar tak sedar, dah lebih 4 bulan aku tinggalkan bende-bende nih.
Sebok sangat mencarik kekuatan dalaman, sehingga terlupa yang aku punya seribu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Alhamdulillah, 80% recovered. Terima kasih tak terhingga kat kengkawan UIA, mak ayah, kengkawan belog, kengkawan twitter, kengkawan fesbuk. Thank you so much. Semoga Allah merahmati kalian. 

dear future husband, nih untuh awak, keh keh!


okay, nih sebenarnye kite buat untuk awak,
memanglah awak tak dapat rase,
tapi awak suruh kite post gambar, kite dah post, tapiii
okay, no response at all. Fine.
Tak sangka sebabkan 'kawan' awak yang dah beranak tuh jadik isu kite nak bertekak kan?
kbaiiii.

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR