Pemikiran si Gadises

"Aku ingatkan kau accident, terlantar kat hospital, handphone pecah, tak ingat phone number aku sampai tak boleh nak contact aku langsung."

See?!! Sampai macam tuh sekali aku fikir. K aku memang OVER!

Pernah tak korang yang gegirls nih sampai satu tahap pikir mendalam gila??

Contohnye aku. Dulu zaman sekolah aku naif gila! Lurus pon iye jugak! Pernah sekali tuh aku lambat nak pergi sekolah. Gara-gara kakak aku yang tak ingat #JanjiDitepati dia tuh.Time tuh aku Form 5! Pengawas pulak tuh. Aku dah menangis dah dalam kereta cakap taknak pergi sekolah. Dah Form 5 pon  menangis? Eh, sekati aku lah. Orang tua pon menangis jugak ape!

So dalam kereta tuh nak tau ape aku fikir? K aku pikir nanti name aku kena panggil dengan GPK HEM, lepas tuh nanti dyorang nak lucutkan jawatan pengawas aku kat perhimpunan hari Isnin depan semua orang. Then bebudak nih baling-baling kertas/batu kat aku. Lepas tuh aku pikir lagi, bila aku jadik pelajar biase, asal nampak muka aku jer, kompem dyorang mengata. Lepas tuh nanti masuk Book of Record as as 'Bad Achievement as Prefect'. K melampau! Datang lambat SEKALI je pon? 

Dulu time aku sekolah, ade lah seorang ustazah nih, cuba untuk terangkan kat kitorang yang lampi (lambat pick up) nih dengan membanding beza antara pemikiran lelaki dan perempuan. Beliau memang cakap perempuan nih kalau fikir, bapak mendalam lagi-lagi kalau ade masalah. Sebab perempuan dengan emosi memang tak dapat dipisahkan. Lelaki nih dia boleh watlek watpeace watbodoh je. 

sah-sah gambar nih aku copy

K, meh nak bagi satu situasi perbualan perempuan dengan perempuan DAN lelaki dengan lelaki

**********************************************
Perempuan
Tipah : Eh, you baru beli ke baju nih? Nice lah!
Milah : I beli dekat SOGO semalam. Sale gegila baq hang! Tapi macam tak cantik lah.
Tipah : Cantik lah nih. Sepadan dengan kulit you. Sale sampai bila?
Milah : Semalam last day lah. I shopping sakan dengan hubby I.
Tipah : Kenapa tak bgtau I Lah?
Milah : Ala, sorry lah Pah. I tau pon dah last-last.
Tipah : Bla bla bla....

Then berborak almost for 1 hour sampai terlupa yang masing-masing ade laki kat rumah tengah tunggu bini-bini dyorang nih masak!

Lelaki

Atan : Woi, baju baru ke nih? Semarttt dohh!
Harun : A'ah!

************************************************

kbai!

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR