Happy Eid Mubarak

sedang semua umat Islam sebok menyediakan persiapan raya, aku sebok terfikirkan nak masuk Gombak September nih,

so, to all my teachers and fellow friends, start aku kat KGV dulu, bawak ke Petra, sampailah kat UIA, nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Diharapkan segala keterlanjuran kataku, kekasaran bahasaku, terlajak percakapanku, termarah yang tiba-tiba, tertinggi suara dengan sengaja, harap dimaafkan dan tok sah ler nak simpan dalam hati, gi campak jejauhhhh


jemput lah datang ke rumah, request je nak makan ape!
nanti aku yang masak! HAHA

grand iftar :D

setelah lame merancang, finally!
Johan Seafood menjadik pilihan

*copied

disebabkan bukan aku yang order,
aku pon tak tau what exactly lauk yang patot terhidang,
so ape yang ade, aku sumbat dan telan je

macam tak logik kan makan nasik gune sudu berkuah
kemungkinan besar, stok sudu garfu dia dah habes!

tak sure sama ade sweet sour, or tiga rase. Tapi sedappppp!

tya and shakir!
bukan main purple lagi wehhh, haha

nih semua boodyguard aku! HAHA

lepas tuh kitorang pakse najiy mintak tolong kat kawan dia amek gambar kitorang reramai!
and inilah hasilnyeee!

nice!
thanks sudi luankan masa bersama!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
Jemput datang rumah oiii
Aku masak nanti! Kah kah!

Nakal tapi Halal

"Awak, kita nampaknya tidak sering berhubungan, tiada jua bicara manis, berjumpa apatah lagi, tarikh-tarikh penting tidak lagi menjadi keutamaan, sedangkan masing-masing sibuk mempersiapkan kelengkapan diri, Kita ini bercintakah?"

eh, aku dah kenape?

sesejak addicted dengan Terfaktab and Mr. K kat Twitter, ayat aku makin berpuitis! Holla!
And and and, dengan semangat ingin tahu yang mendalam tentang relationship mendorong aku untuk membeli Kitab Terfaktab 2 Nakal tapi Halal

Alamat aku tuh salah sebenarnye :P

k, aku taknak jadi loser dalam relationship. Punyelah merancang bagai nak rak, last-last pakwe kau kahwin dengan ex dia balek! That's what we called relationshit! Sememeh doh perangai! Tapi kan once kau putus cinta, sure kau akan rase sakit. Then kengkadang benda-benda cenggini lah yang buat kau stronger than before. Well, inilah kehidupan sebenar. Persyaitonkan cerita novel, slot akasia, samarinda tv tiga! Tak seindah itu alam realiti kita. 


" Putus cinta adalah sebuah titik permulaan awak menjadi burung terbang bebas sebelum kembali ke sarang komitmen. Hargailah putus cinta itu sekali-sekala!"

Kalau dah putus cinta 10 kali? sepuluhkali-sepuluhkala? Eh?

p/s : yang kat atas sekali tuh takde kaitan dengan aku tau! tapi kalau ade yang terase....ah! pedulik ape aku kalau kau terase!

Pemikiran si Gadises

"Aku ingatkan kau accident, terlantar kat hospital, handphone pecah, tak ingat phone number aku sampai tak boleh nak contact aku langsung."

See?!! Sampai macam tuh sekali aku fikir. K aku memang OVER!

Pernah tak korang yang gegirls nih sampai satu tahap pikir mendalam gila??

Contohnye aku. Dulu zaman sekolah aku naif gila! Lurus pon iye jugak! Pernah sekali tuh aku lambat nak pergi sekolah. Gara-gara kakak aku yang tak ingat #JanjiDitepati dia tuh.Time tuh aku Form 5! Pengawas pulak tuh. Aku dah menangis dah dalam kereta cakap taknak pergi sekolah. Dah Form 5 pon  menangis? Eh, sekati aku lah. Orang tua pon menangis jugak ape!

So dalam kereta tuh nak tau ape aku fikir? K aku pikir nanti name aku kena panggil dengan GPK HEM, lepas tuh nanti dyorang nak lucutkan jawatan pengawas aku kat perhimpunan hari Isnin depan semua orang. Then bebudak nih baling-baling kertas/batu kat aku. Lepas tuh aku pikir lagi, bila aku jadik pelajar biase, asal nampak muka aku jer, kompem dyorang mengata. Lepas tuh nanti masuk Book of Record as as 'Bad Achievement as Prefect'. K melampau! Datang lambat SEKALI je pon? 

Dulu time aku sekolah, ade lah seorang ustazah nih, cuba untuk terangkan kat kitorang yang lampi (lambat pick up) nih dengan membanding beza antara pemikiran lelaki dan perempuan. Beliau memang cakap perempuan nih kalau fikir, bapak mendalam lagi-lagi kalau ade masalah. Sebab perempuan dengan emosi memang tak dapat dipisahkan. Lelaki nih dia boleh watlek watpeace watbodoh je. 

sah-sah gambar nih aku copy

K, meh nak bagi satu situasi perbualan perempuan dengan perempuan DAN lelaki dengan lelaki

**********************************************
Perempuan
Tipah : Eh, you baru beli ke baju nih? Nice lah!
Milah : I beli dekat SOGO semalam. Sale gegila baq hang! Tapi macam tak cantik lah.
Tipah : Cantik lah nih. Sepadan dengan kulit you. Sale sampai bila?
Milah : Semalam last day lah. I shopping sakan dengan hubby I.
Tipah : Kenapa tak bgtau I Lah?
Milah : Ala, sorry lah Pah. I tau pon dah last-last.
Tipah : Bla bla bla....

Then berborak almost for 1 hour sampai terlupa yang masing-masing ade laki kat rumah tengah tunggu bini-bini dyorang nih masak!

Lelaki

Atan : Woi, baju baru ke nih? Semarttt dohh!
Harun : A'ah!

************************************************

kbai!

Ramadhan 2012~

Salam Ramadhan and hello guys~

Dah 3 hari berlalu, baru sekarang berkesempatan nak update. Al-maklumlah, sebagai remaja yang sedang meningkat lebih dewase, aku sentiase mem'busy'kan diri dengan belajar buat kek, buat kuih raye, and sekarang tengah fikir nak pergi kelas menjahit ke takkk. Aku menjahit memang kurang minat, tapi bile fikir-fikir balek, kalau lah aku reti menjahit, dah lepas dah satu pakej untuk jadik bini orang! HAHA, k belum!

Ade someone tweet macam nih
"Girls sekarang berlumba-lumba nak buat cupcakes paling sedap, macaroons paling colourful, padahal dyorang tak sedar yang masak lemak cili api dan asam pedas lagi terasa nikmatnya bila makan."

ok, yang nih sumpah buat aku down!
eh, aku dah expert lah masak asam pedas!

ahah! so ditakdirkan Hani, Sha and Marissa bertandang ke rumah aku seperti yang dirancang! k, ayat aku OVER! Lepas jer berbuka, semua excited nak pergi terawih, balek dari terawih, baru sempat nak amek gambar!

ade sorang yang tak pergi terawih time nih!
cer teka yang mane satu. HAHA

balek terawih jer, dah pukul 10. tunggu sorang-sorang mandi, memang perghhhh
Celah manenye nak balek awal kalau sampai kat sane je dah pukul 11?
Carik parking dah satu hal! orang kat situ memang ramai gile!
biaselah malam minggu kannn.

Dah pukul 1 pon, kitorang kat situ lagiiii.
Dengan aku yang tetibe lak lapar! HAHA, 
lepas tuh kan, lepas tuh kan, 
ade orang tuh tanye aku nak makan steamboat tak sebab dia nak belanje.
Aku lapar memang lapar tapi takdelah sampai nak suruh sesape belanje.
Mulanya aku memang taknak! SUMPAH!
dah dia asyik cakap "jom lah!" je dah 3 kali.
Aku pon "okayyy" 3 kali jugakkk! k, yang nih membongak

okay, yang nih pakai camera kat phone!
sumpah tak lawa! 
abaikan lah pipi aku yang macam telur tuhhh~

Sampai rumah dekat nak pukul 2 pagi. Lepas tuh sambung makan lagi!
Memang lah kannnn. Tidur pukul 3 pagi!
Nasib baik bangun sahur! Tuh pun mak aku kejut aku dengan cara call phone aku!
HAHA, nak harap alarm sorang-sorang? kalau dah asyik stop lepas tuh sambung tido balek, nak sahur acane kan? please lah terase korang! HAHA

then ingat nak pergi Ayunar kat Nilai,
sebab nak beli inner tudung yang paling awesome!
tapi tulah, janji melayu. Konon nak gerak pukul 10!
pukul 11 baru bangun wehhh. HAHA
penyudahnye gerak lepas zohor

nih still kat rumah lagi!
inner tudung yang aku pakai tuh lah contoh inner Ayunar
best sebab boleh tajamkan and tak lekat kat dahi :)

untong lah dapat teddy bear dari orang tuhhh~
siap ade brooch pink lagi!

aku umpama disisihkan :'(

kitorang ade bracelet yang same. Kau adeee? HAHA




k, part yang last-last tuh sah lah posing gediksss you ollss!

so thanks lah sudi menjejakkan lagi ke rumah yang tak seberape nih.
Aku hargai usaha korang dari gombak, lepas tuh singgah rumah Hani, naik LRT, 
naik KTM sampai lah Seremban.
so, aku mintak maaf lah atas serba kekurangan yang ade sepanjang korang kat rumah aku,
kalau ade aku tak terlayan ke, tersalah cakap ke,
atau mak aku masak tak sedap ke, air bandung tak berape nak superb ke,
sorry k :) 
Jangan serik datang rumah aku lagi. So berjumpa lagi di sem yang akan datang.
Raya nanti jemputlah datang rumah.
Mak aku cakap nak buat open house. Semangat tak mak aku? HAHA
Bye korangssss!
 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR