Kucing




Ibarat awak membela seekor kucing, tapi awak tak pernah belai dia. Bagi makan pon kadang-kadang. Mandikan dia pon ikut suka hati awak. Sekali sekala bila si kucing ajak bermanja, ada awak hiraukan? Jadi bila mana, ada seorang hamba Allah yang lain, datang mendekati kucing tersebut, lalu membelai seperti seekor kucing, memberi makan mengikut kemampuan, memberi layanan sewajarnya, bagi perlindungan cukup semua, dan bila kucing tuh beralih arah, baru awak nak rasa kehilangan?

Let say awak kucing tuh, jadi awak pilih untuk berkhidmat kepada siapa?

No comments:

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR