Pregnancy Diary : Mama to-be yayyy

Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat dengan segala rezeki yang Allah bagi. 

Padahal, sebelum kahwin selalu sangat cakap dengan Nabil yang i dont want to have a commitment dengan anak for the first year of marriage because aku nak spend masa berdua dengan dia dulu. Nak pegi melancong, nak buat outdoor activities, nak asah skill memasak dan sebagainya. Pendek kata, memang aku nak enjoy dulu berdua baru nak ada anak. Akan tetapiiii...Nabil taknak hahaha. Yang bestnya, dia just mentioned dia nak anak cepat tapi dia tak pernah bantah segala bebelan aku kat atas ni. He said, 'rezeki Allah bagi. Kalau awak taknak, tapi Allah kata tu awak punya, Allah tetap akan bagi, cuma cepat atau lambat'

Masuk bulan kedua kahwin, period lambat datang. Aku pon macam 'eh mengandung keeeeeeee?' Sekali tunggu punya tunggu, selepas dua hari delayed, aku period. Haaa nak tau apa aku rasa time tu? Aku rasa macam ada satu kekurangan kat diri aku masa tu. Always thinking kenapa aku tak mengandung kenapa kenapa? Time tu luah kat Nabil, dia pon pelik. 'Eh siapa yang taknak anak cepat cepat eh dulu?' HAHA K foineee. So sejak dari tu, aku tukar mind set aku. I want to have a child as soon as possible, because...because i want laaaa!

Hari yang sama kitorang nak fly pegi honeymoon kat Krabi, masa tu aku baru delayed dua hari datang bulan. Tangan ni asyik terpegang2 pregnancy test tu. Masa tu tak mengharap, tapi aku pikir aku nak naik boat, nak buat aktiviti lasak semua so baik aku cek siap siap kat Malaysia. And terkejut gila aku pagi tu ada dua line.

ofkos laki aku paling excited pagi tu. Sanggup tunggu result aku dulu baru pegi solat Subuh haha.

muka senang hati pegi honeymoon hiksss

Sebab tak puas hati lagi, kat krabi buat lagi test, balek dari krabi pon buat lagi hehe

So setelah agak lama merahsiakan, aku pon reveal lah aku dah pregnant. Nak tau apa common soalan aku dapat? Ni baby made in Malaysia ke Krabi? HAHA

So now, dah masuk 7 bulan. So far Alhamdulillah, the baby is fine. Cuma nurse cakap aku kena gain more weight sebab berat tak naik accordingly. So misi Nabil adalah memastikan aku makan dengan banyaknya sedang berjalan sekarang. Doakan saya ye semua? :)




 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR