Sebab tengok tajuk macam baru lepas ziarah tempat tempat suci, maka kita mulakan entri ini dengan bismillahirrahmanirrahim.
Its not too late to share with you guys the experience that i got when i was in Mecca and Madinah.
Cerita bermula when both of my parents dapat sponsor untuk ke sana. Siapa yang sponsor tu biarlah rahsia. So, bila aku dapat tau je, aku terus macam 'Mak, Ating nak ikut mak'...
Tapi bila aku tau yang aku takde duit pon, so i was like 'Takpe la, mungkin rezeki aku belum sampai lagi, mak ayah pergi lah dulu'
Lepas tu mak tanya 'Nak pergi tak? Ayah sponsor semua.'
Rasa nak menangis tau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Bila Ayah cakap nak sponsor semua, hati aku masa tu masih lagi was was. Sebab aku takut, aku ni banyak buat dosa, nak ke Allah terima tetamu macam aku? Tapi berkat nasihat dari kesayangan, i did it. And thanks Ayahhhh :)
So, aku nak cakap yang aku pergi ni memang fully sponsored by ayah aku sendiri. Just macam shopping shopping tu guna duit sendiri laaaa. Kalau nak tunggu 6k dari diri sendiri, hurmm bila entah dapat rasaaaa.
So, kitorang ikut Tiram Travel kot nama dia. Pakej kitorang tu kalau tak silap dalam RM5449. Ada banyak pakej sebenarnya. Kalau kau pilih Air Asia, so harga dia sekian sekian. Kalau kau nak naik MAS, harga dia sekian sekian. Kalau nak naik Arab Saudi punya airlines, kau tanya Arab Saudi sendiri haha. Harga pakej aku tu tak termasuk vaksin dia, vitamin dia, visa, buat passport (siapa ada passport exclude la) memang cecah RM6k. Tu tak masuk lagi barang barang kelengkapan macam telekung. Bawak satu tak cukup tau. At least 3 pasang. Stokin, tudung labuh (sebab tudung labuh sekolah hilang haha) dan sebagainya. Selama 12 hari 10 malam. 6 hari kat Madinah, 4 hari kat Mekah. So, yang pergi semua sekali aku, mak, ayah, kak iza and suami dia. Patutnya nak bawak Haziq tapi dia cakap takut ganggu waktu exam. Takpe nanti kita pegi sesame ehhh.
*gambar dalam entri ni semua tak berapa nak clear
*memula nak bawak dslr, lepas tu ayah suruh betulkan niat, okay okay
*memula nak bawak dslr, lepas tu ayah suruh betulkan niat, okay okay
kat KLIA, Ekha dah nak nangis tu haha
my mother and my sister
thanks abang sudi datang hantar kita satu family <3
So, kitorang naik Air Asia. 9 jam was like whattheeeeee haha sempit siotttt. Nak tido tu memang tak selesa langsunggg. Tapi syukur Alhamdulillah kitorang sampai dengan selamat. Gerak pukul 2 pagi, sampai kat Jeddah dalam pukul 8 pagi rasanya serius tak ingat haha. Beza waktu Malaysia dengan sana, sana lambat 5 jam. Let say kat Malaysia pukul 8 malam, Arab Saudi baru pukul 3 petang haaa macam tu. Rasanya kalau nak call Nabil dulu, masa dekat dekat nak maghrib, sebab time Maghrib, kat Malaysia dah pukul 11 lebih camtu. Lepas tu pulak waktu solat, kat sana lambat dalam 45 minit nak dekat sejam. Kalau maghrib kita 7:30, kat sana Maghrib pukul 6.38 macam tu laaaaaaaaa.
Yang aku tak paham dengan diri sendiri time tu, sepanjang aku kat Arab Saudi, aku tak pernah tak pakai jam tangan. Jam tangan tu ikut waktu Malaysia kot. Yang kat phone je aku tukar ikut Arab Saudi. Kononnya nak tau setiap kali tengok waktu Arab Saudi, nak jugak tau Malaysia time tu pukul berapaaaaa. Kononnya laaaa haha
Okay dah sampaiii. Inila dia rupa airport Jeadah. Biasa biasa ajaaaaa.
Kat sini, nak bagi tips siket. Kat airport ni macam biasa akan ada berpuluh orang jual simkad. Kau kena tau mana satu murah mana satu mahal. Aku rasa dyorang ni ada jual banyak telco jugak. Kalau kita ada maxis, celcom kan. Dyorang pon ada jugak. Tapi tak silap aku ada dua je. Satu boleh internet sahaja. Satu lagi internet+call. Haaa engko pilih.
Masa ni aku kerek gila taknak beli.
Last last beli jugakkkkk. 45 riyal bebbb. Lepas tu kalau nak topup, aku tak tau dyorang caj cemane. Sebab bila aku topup 10 riyal, aku kena bayar 12 riyal. Nampak tak macam selalu topup? HAHA Because I made a call to Malaysiaaaaa
selfieeeee
mak ayah tittewwww
Sampai je kat Jeddah, kitorang kena naik bas untuk sampai ke Madinah. So, perjalanan dari airport Jeddah nak ke Madinah ambil masa dalam 6 jam. So dalam masa 6 jam tu, mutawif cakap akan singgah R&R. Aku pon dengan bangangnya terus imagine R&R kat Malaysia haha. Sekaliiii...okay nasib baik iolls takde amik gambar R&R sanaaaa
tapi makanan diaaaaa amekkaw nasi beriyani daging/ayam tuuuu
dengan air coke sebotol. Rasa gangster gila haha
Belakang aku tu, itu je la satu satunya kedai makan yang ada hahahaha.
Ada surau besar gilaaaaa
Tapi tandas dia aku macam hurm hurm tak berapa bersih tapi mulut tak berani menzahirkan ayat. Gilaaaa, kat sana mulut jangan memain broooo
mak kita jumpa kawan baruuu
sampai je Madinah, terus bergambooo.
inilah hotel kita awaaaaa.
Sumpah bersih gilossss.
Bandar Madinah
Alhamdulillah hotel dengan Masjid Nabawi sangat lah dekat. Lalu kat Bin Dawood, lepas tu straight je masuk pintu masjid. Korang jangan terkejut. Pintu gate masjid memang ada banyak. So kalau korang dah berjanji nak tunggu suami ke isteri ke abang ke adik ke, korang hafal nombor pintu. Same goes to pintu dalam masjid jugak Ada banyak pintuuuu. So hafal nombor pintu dalam masjid dan pintu luar masjid.
Uniknya di sekitar kawasan bin dawood (Bin dawood ni dekat sangat dengan pintu masjid, no berapa aku tak ingat) memang industri perniagaan laku gilaaa. Sebab aku rasa dyorang ni memang mengamalkan sunnah Nabi. And Nabi pon pernah cakap '9 dari sepuluh punca rezeki adalah perniagaan' so no wonderrr. Kau pergi balek masjid tu kau memang wajib jumpa orang jual beg la, shawl la, kurma la, macam macam. Semuanya dijual dengan harga murah gila. Kau bayangkan jubah dijual dengan harga 25 riyal. Ala, riyal dengan ringgit takde beza pon (masa tu laaa, sekarang tak tau haha)
Okay lagi satu nak pesan, kat depan pintu masjid area Bin Dawood ni, akan ada orang jual Quran tau. Quran tu kau boleh beli dan kau bawak balik atau pon kau wakafkan kat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. So aku nak cakap kat sini, kalau korang beli untuk korang, then its okay, tapi kalau untuk wakafkan, i suggest you to stop buying from them, Because management Majid Nabawi dan Masjidil Haram akan terima Quran yang diwakfkan yang bercetak dari kilangnya sahaja. Nanti akan ada pekerja masjid yang akan cek Quran dalam masjid. Kalau ada yang bukan dari cetakan yang sepatutnya, Quran tu aku tak tau dyorang buat apaa, tapi takkan ada kat rak tu.
Perasaan sampai Madinah? Eksaited lah harus! Sebab aku dapat rasa betapa dekatnya aku dengan Rasulullah S.A.W. Nak tengok masjid Nabawi?
Taraaaaa!
Pandangan dari luar.
Antara masjid di Madinah (aku rasa la) yang takkan pernah mati, yang takkan putus orang datang.
Nak masuk Masjid Nabawi ni, aku suggest tak payah bawak barang yang pelik pelik sebab kat setiap pintu akan ada minah minah Arab yang jaga. Nanti dia raba raba jugak beg korang. Nanti kalau ada yang tak kena dia tak bagi masuk.
Ada dua jenis pekerja yang aku tengok dalam Masjid Nabawi ni. Satu yang pakai fully warna hitam, satu lagi fully warna coklat tak silap. Yang pakai warna hitam tu aku rasa dari Arab betol dan jawatan dia macam up siket sebab dia macam mengawal jemaah. Compared to another one, yang pakai warna coklat ni tugas dia macam tukang refill air zam zam, bersihkan lantai dan yang aku perasan yang pakai warna coklat ni sama ada orang Indon, Thailand atau Cambodia. Sebab dyorang fasih cakap Melayu derrr.
selfie
cantik kan tiang lampu tu?
Nampak tak botol air biru dengan beg kaler putih tu?
Aku nak cakap pasal beg putih tu je sebenanrnya. Mostly orang akan panggil beg uncang.
Function dia untuk letak kasut. Sebab kalau letak luar, possibility nak hilang memang tinggi.
Beware gaisss.
ramai gila kan orang?
Nampak tak tiang lampu belah kanan?
Kata orang, selepas pukul 7 pagi, dia akan terbukak.
Ni waktu lepas solat Subuh.
seeee? Cantik kan? Subhanallah!
aku selalu nampak orang baring atas lantai ni.
And i was wondering, tak panas ke?
And aku penah letak tapak tangan aku kat situ time panas terik.
Serius tak panas langsung!
itu tempat ambil air zam zam.
Kalau tak dapat ambil air kat luar, jangan risau.
Kat dalam pon ada jugak. Jangan berebut tau!
ajaibnya, (aku tak tau lah apa orang lain rasa, tapi ni apa aku rasa), actually, air dalam tangki ni sejuk tau, walaupun dibawah sinaran matahari, masih sejuk. So kitorang setiap kali pergi masjid memang akan refill air zam zam. Sebab tu aku bawak sendiri botol air aku yang kaler biru tuuu. And as long as air zam zam yang korang dah refill tu masih lagi berada dalam kawasan masjid, percayalah air tu memang akan sejuk. Tapi bila kau dah bawak keluar kawasan masjid, air tu jadi biasa. Faham tak? Contohnyaaa mehhh sini gua terangkan.
Kebiasaanya, setiap kali waktu solat, tak kisah waktu apa, memang kitorang sembahyang kat masjid, ye la kau dah datang jauh jauh tapi sembahyang kat hotel rugilah oiii. So normally kitorang akan sampai 30 mins before masuk waktu solat. And setiap kali datang, memang kitorang refill air zam zam. Let say Subuh pukul 4.30, pukul 4 dah gerak masjid, Datang terus refill air, lepas tu katakan kau keluar dari masjid pukul .5.40 (Sebab dyorang baca surah panjang panjang okayyy) So selama 1 jam lebih tu air zam zam yang ada dalam botol korang tu memang akan sejukkkkk je. Ajaib kan?
So, selepas masjid Nabawi, tempat kedua yang kitorang lawat adalah Masjid Quba'.
*sumber incik google
Korang tau kan sejarah Masjid Quba' ni? Inilah masjid pertama yang dibina Rasulullah S.A.W.
Kalau korang nak pergi masjid Quba' ni, make sure dari hotel tu dah ambil wudhu' siap siap sebab Nabi pernah bersabda 'Barangsiapa yang bersuci (mengambil wudhu') di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya sama seperti pahala satu kali ibadah umrah'
So, kalau nak pahala, buat lah woii!
Tapi masa tu aku tak tau la aku dapat pahala umrah ke tak, sebab aku tak dapat nak sembahyang kat dalam masjid sebab ramai sangat orang. So, aku sembahyang kat pintu masjid je. Orang kata dalam masjid tu cantik dan wangi. Inshaa Allah, next time pergi, memang nak masuk!
kawasan Masjid Quba'
Kalau nak masuk Masjid Quba' memang akan lalu kawasan ni.
Lepas kitorang pergi Masjid Quba', kitorang pergi Ladang Kurma.
Inilah rupanyaaaaa.
Wey fresh gilosssss kurma diaaaa!
With le familiaaaa. Muka gua je bercahaya haha
And please please please rasa kurma yang ni. Sejukkk!
Kurma ni mahal siket tapi worth kalau beli!
Dekat ladang ni, ada satu kedai besar jugak la. Dalam kedai tu, terjual pelbagai jenis kurma.
Ni keadaan dalam kedai tu,
So inilah view kedai tu dari depan.
Based on price comparison yang aku buat, harga sini lagi mahal berbanding dengan yang jual kat kedai kedai kat Madinah. So belilah kat Madinah. Yang tak reti sepiking English dan Arab, don't worry. Ada mat indon kerja kat dalam kedai niii.
Satu lagi tips tak berbayar aku nak bagi. Rata rata orang Arab kat sini aku boleh kata majoriti tak boleh cakap English. Dan aku paham jugak tak ramai orang kita yang ada pengetahun dalam bahasa Arab. Kalau korang sampai sana, confirm rambang mata nak membeli punya. Kalau perempuan dia akan tengok jubah, shawl, tasbih, minyak wangi dan sebagainyaa. Kalau lelaki ni aku rasa dia lebih kepada makanan macam kurma ke, tapi ada jugak lelaki tengok jubah. Jubah sana murah lah oiiiii!
So, instead of using 'HOW MUCH?', you can say it in Arab like 'Kam Haa'za?' yang membawa maksud Kam = berapa, haa'za=ini. So dalam bahasa pasarnya sama je macam orang Malaysia selalu tanya 'berapa ni?' HAHA
Aku akan sambung dalam emtri seterusnya pasal Raudhah, Bukit Uhud dan sebagainyaaaaa. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment