JASA Live To Inspire (JALIN) #Part2

okay, masuk hari kedua, aku nak cerita start dari aku bangun tidur.
Tidur aku entah ape kena, asyik terjaga jeeee. Kebetulan malam tuh, hujan selebat-lebatnya. Dengan keadaan kampung, tak dapat aku nak cerita kat korang betapa sejuk nak matinya aku rasa time tuh. Sangat sejukkkk! Kitorang kena bangun pukul 5 sebenarnya. Dan sekali lagi aku sebagai PC harus menunjukkan contoh. Yayyy, bangun pukul 5.15, keluar dari surau, teros mandi. Memang tak pandang langsung dah brothers yang tidur kat luar tuh. Dah habes mandi, aku keluar bilik, aku dengar Amin cakap "Fuiyooo, bagus assistant PC aku nih, dah mandi awal-awal" Terkejut kottttt. Tadi membuta, nih dah bangun pulak.

Then, kitorang Subuh berjemaah, haaa, aku lupa nak cerita part solat semua nih kan. K, macam nih. Amin budak ICT, Sofy si PM nih pon budak ICT. So, Amin banyak jadi imam, Sofy banyak bagi tazkirah. Yang buat aku bangga dengan gilanya, Amin baca surah yang panjang-panjang, Sofy pon bagi tazkirah yang aku tak penah dengar sebelum nih. Wehh, aku salut kat korang lahhh. Walaupun korang budak ICT, tapi benda-benda nih semua korang boleh handle! Tahniah! Serius boleh jadik suami contoh. Tapi korang suka menyakat =,="

So, pagi tuh hujan, tak dapat nak buat aktiviti kat luar. So, main game dalam surau. Terok kannnn? Tapi main game biase-biase je la, takde lari dalam guni ke, lontar peluru ke kannnn. So far, game tuh bestttt jugak lah. Si Sofy kan yang handle, layankan je la. Lepas tuh, sarapan!


owh, sebelum sarapan, meeting mainboard kejapppp
Baju hijau tuh Sofy, baju hitam tuh Amin.
Yang pink tuh? ofkos lah aku!


lepas sarapan, kitorang distribute makanan lagi kat penduduk kampung.


Amin dikelilingi bidadari, haha


gila punye seram jalan nak masuk rumah kampung!


macam keluarga bahagia, haha


style kan makcik tuh?


Dila, Izzati and me :D


Nih module bersama budak-budak.
Pandai owhh si kashah nih melukis :O

okay, nak jadik cerita, time nih, aku ikut group aku distribute makanan tuh,
pergi lah dari rumah ke rumah, dan nak mengelak dari anjing punye pasal, dengan macam mane,
kaki aku termasok kat lecak. perghhhh, sumpah rasa nak samak satu badan!
sekali tuh, ade lah sorang brother nih tegor aku
"Sister, sister, dah tau nak pergi tempat-tempat macam nih, yang pakai cantik-cantik nih buat ape?"
Sounds like PERLILISM tauuuu. Aku pakai tshirt muslimah kaler pink je kottt!
Aku time tuh muka dah macam tempe dah.
Memang angin gila aku time tuh. Aku teros balek surau sorang-sorang.
Anjing tak anjing, kalau aku jumpe depan mata, memang aku pukul teros dengan kayu!
Balek tuh, aku bersihkan kaki akuuu.
Lepas tuh aku lepak-lepak :D


ya, saya sedang memerhatikan abang Zahir buat kerja dapur!
Sumpah malu!
Dia sangat expert bab dapur okay!


lunch time!

Aku melepak sampai lah pukul 3!
serius weh, ini ke kerja seorang PC?
sangat rilex gile nak meninggal boleh tak? haha
sampai lah aku rase bosan nak mati, aku call Anis,
aku cakap aku nak join group dia!
Okayy. Sebenanrnya, aku takotkan anjing.
So, aku ingat pesan dyorang.
Kalau nampak anjing, jangan lari.
Walaupun dia 5 inci jauh dengan kau, kau buat bangang je!


terasa aku macam menyerlah sangat, huhu

okay, nak cerita part aku kena kejar anjing!
Amin bagi arahan kat aku untuk bawak 2 orang budak nih ke surau, sebab petang tuh ade aktiviti sukaneka tauuu. Bayangkan, aku sorang, lepas tuh pimpin bebudak tuh. Amin cakap kat budak tuh. "Jaga kakak nih elok-elok tau!" lol Amin! Time tengah jalan, budak nih cite kat aku, dyorang penah kena gigit anjing. Terkejut okayyyy. Sampailah kat satu tempat, ade 4 ekor anjing, so budak nih mungkin trauma, dia nampak je, teros lari lintang pukang, and aku? Automatic lah aku berlari jugak! weh, empat-empat tuh kejar aku! Aku memang dah redha dah kalau kena gigit. Last-last aku setop, aku pandang anjing tuh, buat-buat nak baling batu! Padahal aku tengah pegang henpon je time tuhhhh. Nasib baik kat depan tuh ade Uzair. Selamat pon guwaaaa!
So, disebabkan trauma, aku tak join sukaneka petang tuh. Takot nak mati! Aku mandi, solat Asar and aku join biro catering, belajar memasak! Best okayyyyyyyyy!

okay, dalam whole story. yang nih paling kemuncak!
time nih, dah lepas solat Isya'.
Patutnya program malam tuh, program An-Nisa'
program bersama kaum-kaum Muslimat.
Nak buat gelang manik katanya.
So, aku dah ready nak pergi balai raya, tetibe Amin tanya aku

"Shida, free tak sekarang?"
"Free je, nak pergi balai raya, buat gelang tuh je."
"Haa, jom teman, nak hantar budak nih balek rumah."
"Owh, kat mane rumah dia?"
"Hujung kampung nih, jom lah"
"Owh, sure, jommm!"

so, aku, Amin, Anis and Dila pergi berempat, hantar budak tuh balek!
Wehhhhhhhhhhhhhhhhh, rumah budak tuh memang kat penghujung jalan!
So, kat hujung kampung, ofkos lah ade anjing yang lebih agresif dan aktif!
menjaga keselamatan kampung katanya.
Dahlah malam tau, so, anjing tuh tak tau siapa kitorang!
ade 4 ekor, besar! warna hitam!
nampak je kitorang, teros menyalak! Lepas tuh dia kejar kot.
Aku dengan Dila dah pegang-pegang tangan! Sampai kat Amin,
kitorang TERlari! Bila dah lari, mestilah anjing tuh kejar!
So, Amin lah penyelamatnya!

Tetiba Anis tanya Amin
"Amin, ade jalan lain tak?"
"Kenape?"
"Aku taknak lalu jalan tadi, takotlah"
"Ada tuh ada, tapi jauh."
"Haaa, jom!"

So, Amin dengan yang tak berapa nak konfiden, ikut jalan lain.
Kitorang ikut je la, time tuh sumpah kelakar!
jalan 4 orang malam-malam! Macam seorang abang bawak adik-adik lari rumah!
Amin cakap kejap je nih mesti sampai!
wehhh, dekat nak sejam carik pintu masuk kampung tuh tak jumpeeeee!
Puas tanye orang, macam pelik sebab tak ramai yang tau kewujudan kampung tuh.
Tetibe ade sorang pakcik ni tolong, jumpa memang lah jumpa!
Tapi penat okayyy, dengan lapar lagi.
Yang paling sedih, takde sorang pon yang perasan kehilangan kitorang, especially aku dengan Amin!
PC dua-dua takde kotttt.

Yang terasa bangangnya kan, aku dengan Anis pakai Samsung Galaxy, Dila pakai Belackbeghy, Amin tak habes-habes dengan Nokia Torchlight dia tapi takde sorang pon nak google maps! Memasing dah boleh pegi campak phone. HAHA

Sampai balai raya teros makan. Aku tengok Amin dengan Anis dah lain macam. Argh, nanti-nanti aku tanya, aku tengah lapar sesangat!






makcik tudung putih nih sporting gila!




Abang Anas dengan Faiz, dan dua2 sama-sama gila! HAHA

Aku tak join pon part buat gelang nih.
penat berjalan kottt..
aku sesuka hati je suruh bebudak nih buatkan untuk aku


yang belah kiri tuh aku punye :P

Disebabkan kepenatan yang melanda, lepas makan, balek Surau!
Lepas tayangan movie, lepas tolong tengok dyorang bungkus biskut nak bagi orang kampung, aku cuci muka semua, teros membuta!!
Dan, kedudukan tidur aku tetap sampai Subuh esok!
See? Betapa pentanya aku!
K, hari ketiga nanti aku sambung yeeeeeee?
Tataaaa!

JASA - Live To Inspire (JALIN) #Part 1

amboi, tajuk aku? tak boleh bla!
ingat ade orang nak bace ke belog kau sampai part-part nih?
eh belog aku kan, lantak aku lerrr, haha

okay, seriously, entry nih amek masa yang agak panjang, sebab aku memang nak cerita each single thing yang berlaku selama 3 hari 2 malam dekat Kampung Sungai Rasau Hilir. Dipendekkan cerita, I've been chosen as Assistant Program Coordinator for JASA Live To Inspire (JALIN) 2012 at Kampung Sungai Rasau Hilir. Kat Puchong, dokek yo dengan uia nih haaaa. Tapi dengar macam gila siket lah, aku nih dahlah new member, first time pulak tuh, datang-datang je meeting, teros kene jadik APC, kejadah ape? I know nothing about APC :(


inilah APC yang tak layak jadik APC.
*maaf, phone camera gua 5 mp jeeeeeee :(

But, Alhamdulillah, aku digandingkan dengan PC yang cool, nama dia Amin Aiman, aku seru dia Amin, tapi aku dengar majoriti panggil dia Aiman. gila-gila jugak macam aku, senang nak get to know each other and Program Manager yang sangat rileks in making any decision. And both of them are my classmates actually! Sangat tak sangka! (Sebab dalam kelas tuh ada 23 lelaki dan 7 perempuan, mane aku nak cam muka sorang-sorang kan)

okay, amende lah JASA nih kan? Aku pon bukannya arif sangat tapi yang aku tau JASA is about program kemasyarakatan yang selalunya melibatkan orang asli di Malaysia. Macam mane aku boleh terjoin? Okay, sila jangan tanya, sebab aku pon tak tau siapa yang bagi number aku kat bebudak JASA nih =,=

sebenarnya kan, nak jujur lah jugak. aku nih jenis yang sangat alergic pada air kotor, sangat sensitif pada persekitaran yang kotor dan berbau, tak boleh nak kekotor sikit tangan baju ke ape, and memang susahlah nak pergi kampung-kampung yang lama-lama nih kan. So, persoalannya kat sini, aku pon tertanya-tanya, kenape aku join this program?  again, please don't ask me because i don't have the answer :(

so, aku nak lah cerita apa yang berlaku kat sane, boleh kan? Eh, boleh tak boleh lah dah belog aku, hoho

Day 1 : 23 November 2012

Mulanya berjanji nak gather sesame dekat main stairs pukul 2.30 petang right after Jumaat Prayer. Dan aku sebagai APC haruslah menunjukkan ciri-ciri yang sepatutnya seorang APC harus ada, dan aku berbangga sebab aku berjaya memacakkan diri kat main stairs pukul 2.15 but the problem here is, where is the others??? okay, aku cuba mnge'cool'kan diri sehabis mungkin. (dah janji kan nak buang sifat cepat marah). okay, yang PC aku nih pulak maneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee? time nih sedikit kesabaran aku agak tercabar lah, tapi bila pandang muka PM aku yang suci tuh, aku pon meneruskan senyuman dalam keterpaksaan.

okay, since aku pon orang baru, then tak kenal sangat bebudak JASA nih, aku takde keberanian nak bagi arahan ikut suka kepala aku je, kang orang cakap aku nih lebih sudu dari kuah pulak kan. Amin tak cakap ape-ape, aku pulak yang lelebih, tapi Amin memang cakap, tugas aku kena push dyorang nih, make sure semua berjalan lancar. lebih kurang jadik usher. tapiii, disebabkan ramai yang dah 3rd year 4th year student, aku pon....haaa, lantak korang ler

See? janji melayu bukan? cakap pon macam keling kan? pukul 3.30 baru gerak dari UIA. sampai kampung orang asli tuh dalam pukul 5 jugaklahhh. so, ade lah briefing siket, kemas barang and tolong-tolong apa yang patut. okay, anjing bersepah nak matiiiiiii! besar gila! warna hitam pulak tuh! Haaaaaaaaa! Mau aku tak menjerit satu kampung!Dyorang ajak jalan-jalan tengok sekitar kampung. Mula-mula taknak tapiii, bila lagi nak jalan-jalan kan, hehe



bongeks jugak phone camera aku nihh~

Malam tuh pulak, program makan bersama penduduk kampung. Nak dijadikan cerita, Jumaat pagi tuh, ade kematian dan mengikut kepercayaan orang asli, dyorang tak boleh keluar rumah 3 malam berturut-turut. Mungkin nak menghormati si mati. So yang datang malam tuh pon, orang asli yang Islam sahaja, tuh pon tak ramai. Okay, sedih :( Maka, berlambaklah makanan yang kitorang masak. Nak buat ape kan bebanyak nih?? Jadi, kitorang plan untuk distribute dari rumah ke rumah.


yang baju hijau tuh PM saya :)


pakcik nih bawak arak kot. ohh, he is non-muslim


makan timeeee~

so, aku, Dila, Anis, Aiman, Sofy and Gman pergi lah secara berkumpulan. pergi ketuk satu rumah ke satu rumah, imagine lah. dah pukul 10 kot...and then ade jugak lah budak-budak bujang lepak tetengah malam dengan motor RXZ nya ditemani gitar-gitar dan diiringi dengan suara-suara sumbang. Jalan teros lagi, kitorang nampak satu pondok kecik nih, ramai jugak lah orang. Kitorang pon datang dekat. Okay, itu sumpah pertama kali aku tengok orang main judi depan mata. Tapi Gman cakap, dyorang pelik siket sebab guna duit syiling. Haha, Biasalah. Orang kampung kan. okay, aku biadap!

Lepas kekemas barang semua, kitorang kumpul ramai-ramai and buat sharing moment siket! And most of us semua cerita pasal anjing anjing dan anjing. Si Sofy, PM aku tuh siap buat analisis anjing lagi, katanya, setiap rumah memiliki tak kurang dari 2 ekor. HAHA.


the sisters :)

 so, sampai sini je lah hari pertama aku. Malam pertama tuh tak dapat tido sebab aku kena berjaga malam dari pukul 4 sampai 6, tapiiiii, haha! pukul 5 baru nak mandi. Okay, takpe, yang tuh aku sambung kat Part 2 eh! Banyak lagi cerita nih. Gambar pon dari camera yang betol-betol camera. So, nanti aku sambung ye. Bye!

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR