Pregnancy Diary : Abi to-be dah ready ke tu?

EDD : 29th November 2016
Actual date? Haaa ini yang iolls tertunggu tunggu sebenarnya. Dah 38 minggu ni sayang. Bila nak keluar? Nabil dah macam orang tak betul. Sampaikan letak bantal kecik kat sebelah dia, siap berangan konon konon anak kitorang tengah tido sebelah dia. HAHA

Boleh tak nak cerita siket pasal perangai laki iolls? Bolehlaaa, dah belog iolls

Betul orang cakap. Lelaki ni memang susah kot nak cakap i love you i miss you ni bagai, so dia tunjukkan kasih sayang dia tu melalui perbuatan. Contohnya?
  • Okay memula pasal antenatal check up. Untuk pengetahuan korang, aku memang kena buat check up kat dua klinik. Satu kat klinik kesihatan kerajaan yang kena buat buku pink tu. Lagi satu kat klinik swasta untuk scan. Sebabnye klinik kesihatan kerajaan yang aku kena pegi tu tak sediakan scan services. So, untuk setiap kali check up memang Nabil akan teman. Sampailah kandungan aku dah masuk 7 months, dia dapat tukar kerja baru, so dia tak dapat temankan aku lagi dah. So sadddddd. Tapi aku happy, at least merasa pegi check up dengan suami. Procedure check up pulak, kena buat urine test, ambek darah untuk cek hb, timbang berat badan, lepas tu nurse cek perut. So, di sepanjang procedure ni, function seorang suami adalah tolong teman dan pegangkan handbag je sebenarnya sambil tunggu giliran hahahaha. I tell you, menunggu giliran nak dipanggil kat klinik kerajaan bukan satu perkara yang seronok okayyyy. Lama tu nak tunggu. Nasib baik Nabil ada sifat kesabaran yang tinggi. Kalau check up kat swasta pulak, takde masalah. Time scan tu, bila tengok riak wajah Nabil yang tengah excited tengok baby gerak gerak kat screen, aku tau dia happy gilaaaaaaaaa. Sabar bie. Your baby is coming out soon. You just have to be ready. Hehe.
Ni scan masa 4 months. Nampak dah full body, Ni Nabil yang amek gambar.
Tengok tu. Amek gambar pon dekat motor. Masa ni tak tau lagi girl or boy.

Walaupun di hujung usia pregnancy ni Nabil dah tak dapat temankan macam dulu, tapi dia selalu cek buku pink sebab nak tau perkembangan baby. Thanks hubby. Terasa diriku begitu berhargaaaaa

  • Next, Nabil ni dari aku bercinta lagi, aku perasan dia teliti tau orangnya. And korang kena tau pulak yang orang mengandung ni akan didatangi sifat pelupa. And aku memang perasan sifat pelupa tu dah mula menyerap kat sebahagian kepala otak aku sejak kandungan dah 6 months. Benda semalam baru jadi, hari ni aku dah lupa. So, Nabil ni la jadik tukang ingatkan/buatkan benda benda yang aku dah lupa. Nampak macam simple, tapi bila datang situasi yang 'Dah kunci kereta ke belum tadi?', 'Dah makan ubat ke belum semalam?', 'Hari ni dah berapa kali baby kicks?' haaa memang Nabil la tukang cek balek. So, peranan suami kat sini, tolong make sure bini korang tak lupa buat benda yang sepatunya dia buat, okayyyyy?
  • Then, aku suka gila tengok cara Nabil part beli barang baby. As you guys noticed la kan, barang budak kan memang wajib lah mahal, Lagi lagi baju untuk new born. So, masa tengah pilih pilih tu, aku memang perasan Nabil memang teliti gila. Dari sebesar besar barang sampai ke grooming kit tu pon Nabil pilih bebetol. Nampak macam aku pulak yang tak alert. Huhu. Aku tak rasa yang Nabil ada buat research or baca kat mana mana pasal barang baby ni tapi aku bersyukur lah kebanyakan barang baby yang dia pilih semuanya berkualiti and menyenangkan hati aku. Cumanya dia tak suka membazir. Bila mak aku pesan beli apa yang perlu je, maka semuanya dipilih berdasarkan keperluan dan bukan kehendak. Cuma aku la yang choosy siket. Nak warna camni la, nak saiz camni la haha. So, barang baby banyak Nabil yang pilihkan. Aku just bagi list apa yang aku nak je.
Habes dibelek beleknya satu satu.

Masa ni Nabil nak cari Nose Cleaner. Ya Allah lama gila laki aku buat pilihan.
  • Okay part mengidam pulak. Aku memang tak tau dah macam mana nak panjatkan kesyukuran sebab dianugerahkan lelaki macam ni. Alhamdulillah, sepanjang mengandung ni, setiap apa yang aku nak makan, yang aku teringin, yang aku mengidam gegila, semua Nabil turutkan. Paling tak leh bla, aku ni memang sejak azali tak suka langsung makan nasi arab. Bila dengar je menu nasi arab, aku serius takde selera langsung nak makan. Tap bila mengandung, haaa jangan terkejut satu pinggan tu licin aku makan. Nabil pon macam 'Tak sangka eh sayang boleh habeskan?!' So aku pon jawab, 'Ni baby yang makan la, not meeeee' hahahaha. Tak ingat dah berapa kali makan nasi arab tapi memang banyak kali. Benda lain yang mengidam tu biasa biasa je la kan. Normal la untuk pregnant women.
  • Okay last but not least. I love the way he treated me sepanjang mengandung ni. Aku ni kalau menangis, tak kisah lah benda kecik ke besar, memang beriye la keluar air mata. Dulu masa awal awal kahwin (belum mengandung), aku nangis cemane pon, dia akan biar je. Mungkin jenis malas nak layan. Tapi ada sekali tu aku menangis sampai tersedu sedan (biasalah isu rumah tangga) sambil pegang perut (padahal mak dah pesan banyak kali, jangan nak menangis ke emosional ke masa mengandung sebab nanti bagi effects jugak kat baby), haaaa, dalam 10 minit aku nangis tak benti benti, barulah dia datang pujuk, usap usap rambut bagai. Pastu ajak pegi mydin sebab barang dapur dah habes, Haaaa reti pulak pujuk biniiiii. Ishhhh. So, kat situ baru lah terserlah kecaringan laki iolls. Yang lain lain tu haaa macam minyak bio oil, setiap malam Nabil tukang sapukan. Kuku iolls pon Nabil potongkan. Tapak tumit kaki aku pon Nabil gosokkan hahahahahah.
Jadi, buat para suami, kasi can lah kat bini nak rasa diri dia dilayan sebagai seorang puteri masa dia mengandung ni. Tak rugi pon. Untuk kebaikan korang 1 keluarga jugakkkkk.

  1. Kalau tak dapat teman setiap kali check up, try lah sekali dua mintak izin boss korang nak masuk ofis lambat siket. Nurse akan bagi time slip kalau kau mintak. Rasai lah suasana macam mana para ibu tunggu giliran. Tunjukkan keprihatinan siket untuk bayi korang yang bakal lahir.
  2. Kalau mampu, tunaikan lah siket siket apa yang isteri korang termengidam kan. Takkan la korang sampai hati nak tengok bini korang terliur kot? Orang kata nanti kalau ada yang bini tak dapat makan apa yang dia mengidam, baby tu nanti asyik keluar air liur jeee. Haaa nak ke?
  3. Barang baby, boleh lah beli siket siket dulu sekadar nak melengkapkan keperluan bini dan bayi masa kat hospital nanti. Nanti bila baby dah besar siket, dalam dua bulan macam tu. belilah banyak banyak. Ni mak aku yang pesan.
  4. Beri layanan yang special siket untuk isteri. Kalau tetibe dia ngadu sakit kaki tu, jangan la engko buat dono je. Laju lajukan lah tangan tu offer nak tolong urutkan. Eh kesian tau kat kitorang kena bawak perut sampai 3kg setiap masaaaaaa. Haaaaaaaa
okay thats all!

ni masa 7 months pregnant

ni dah 8 monthsss. Dah tak larat uollsss.

So, dear Abi to-be, are you ready? Hiksss

Doakan kesihatan iolls and baby ye semua? Thankssss

Pregnancy Diary : Mama to-be yayyy

Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat dengan segala rezeki yang Allah bagi. 

Padahal, sebelum kahwin selalu sangat cakap dengan Nabil yang i dont want to have a commitment dengan anak for the first year of marriage because aku nak spend masa berdua dengan dia dulu. Nak pegi melancong, nak buat outdoor activities, nak asah skill memasak dan sebagainya. Pendek kata, memang aku nak enjoy dulu berdua baru nak ada anak. Akan tetapiiii...Nabil taknak hahaha. Yang bestnya, dia just mentioned dia nak anak cepat tapi dia tak pernah bantah segala bebelan aku kat atas ni. He said, 'rezeki Allah bagi. Kalau awak taknak, tapi Allah kata tu awak punya, Allah tetap akan bagi, cuma cepat atau lambat'

Masuk bulan kedua kahwin, period lambat datang. Aku pon macam 'eh mengandung keeeeeeee?' Sekali tunggu punya tunggu, selepas dua hari delayed, aku period. Haaa nak tau apa aku rasa time tu? Aku rasa macam ada satu kekurangan kat diri aku masa tu. Always thinking kenapa aku tak mengandung kenapa kenapa? Time tu luah kat Nabil, dia pon pelik. 'Eh siapa yang taknak anak cepat cepat eh dulu?' HAHA K foineee. So sejak dari tu, aku tukar mind set aku. I want to have a child as soon as possible, because...because i want laaaa!

Hari yang sama kitorang nak fly pegi honeymoon kat Krabi, masa tu aku baru delayed dua hari datang bulan. Tangan ni asyik terpegang2 pregnancy test tu. Masa tu tak mengharap, tapi aku pikir aku nak naik boat, nak buat aktiviti lasak semua so baik aku cek siap siap kat Malaysia. And terkejut gila aku pagi tu ada dua line.

ofkos laki aku paling excited pagi tu. Sanggup tunggu result aku dulu baru pegi solat Subuh haha.

muka senang hati pegi honeymoon hiksss

Sebab tak puas hati lagi, kat krabi buat lagi test, balek dari krabi pon buat lagi hehe

So setelah agak lama merahsiakan, aku pon reveal lah aku dah pregnant. Nak tau apa common soalan aku dapat? Ni baby made in Malaysia ke Krabi? HAHA

So now, dah masuk 7 bulan. So far Alhamdulillah, the baby is fine. Cuma nurse cakap aku kena gain more weight sebab berat tak naik accordingly. So misi Nabil adalah memastikan aku makan dengan banyaknya sedang berjalan sekarang. Doakan saya ye semua? :)




 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR