Pregnancy Diary : Mama to-be yayyy

Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat dengan segala rezeki yang Allah bagi. 

Padahal, sebelum kahwin selalu sangat cakap dengan Nabil yang i dont want to have a commitment dengan anak for the first year of marriage because aku nak spend masa berdua dengan dia dulu. Nak pegi melancong, nak buat outdoor activities, nak asah skill memasak dan sebagainya. Pendek kata, memang aku nak enjoy dulu berdua baru nak ada anak. Akan tetapiiii...Nabil taknak hahaha. Yang bestnya, dia just mentioned dia nak anak cepat tapi dia tak pernah bantah segala bebelan aku kat atas ni. He said, 'rezeki Allah bagi. Kalau awak taknak, tapi Allah kata tu awak punya, Allah tetap akan bagi, cuma cepat atau lambat'

Masuk bulan kedua kahwin, period lambat datang. Aku pon macam 'eh mengandung keeeeeeee?' Sekali tunggu punya tunggu, selepas dua hari delayed, aku period. Haaa nak tau apa aku rasa time tu? Aku rasa macam ada satu kekurangan kat diri aku masa tu. Always thinking kenapa aku tak mengandung kenapa kenapa? Time tu luah kat Nabil, dia pon pelik. 'Eh siapa yang taknak anak cepat cepat eh dulu?' HAHA K foineee. So sejak dari tu, aku tukar mind set aku. I want to have a child as soon as possible, because...because i want laaaa!

Hari yang sama kitorang nak fly pegi honeymoon kat Krabi, masa tu aku baru delayed dua hari datang bulan. Tangan ni asyik terpegang2 pregnancy test tu. Masa tu tak mengharap, tapi aku pikir aku nak naik boat, nak buat aktiviti lasak semua so baik aku cek siap siap kat Malaysia. And terkejut gila aku pagi tu ada dua line.

ofkos laki aku paling excited pagi tu. Sanggup tunggu result aku dulu baru pegi solat Subuh haha.

muka senang hati pegi honeymoon hiksss

Sebab tak puas hati lagi, kat krabi buat lagi test, balek dari krabi pon buat lagi hehe

So setelah agak lama merahsiakan, aku pon reveal lah aku dah pregnant. Nak tau apa common soalan aku dapat? Ni baby made in Malaysia ke Krabi? HAHA

So now, dah masuk 7 bulan. So far Alhamdulillah, the baby is fine. Cuma nurse cakap aku kena gain more weight sebab berat tak naik accordingly. So misi Nabil adalah memastikan aku makan dengan banyaknya sedang berjalan sekarang. Doakan saya ye semua? :)




Outdoor Photoshoot #ShidaNabil

K ni kiranya sambungan dari entri sebelum ni. So, sebelum pegi outdoor photoshoot, sempat lagi bergambo. Meh layan dulu antara tetamu yang hadir. Thank you so much for cominggggg :)

My big big family in law :)

And this is mine. Tak nampak Opal. HAHA

Family akak yang sulung. Kak Iza

Kawan satu taman. Tak pernah sama sekolah tapi satu tempat tusyen bahasa Arab. Thank you Mar :)

My schoolmates. Thanks weyyyy thanksss

Second Ohana. JASA Club thank youuuu. Especially yang Alumni tu haha

Ni family besar sebelah ayah yeeeee. Atok tak pandang camera :(

Okay, so now lets jump into part bergambo outdoor.

Kalau nak tau, Seremban ni banyak je tempat outdoor tapi kenapa tah aku macam kering idea tak tau nak buat kat mana. Boleh je nak buat kat taman dinosour tu, City Park Seremban 2, Muzium Sri Menanti Kuala Pilah, Teratak Zaaba and banyak lagi. Pada awalnya aku nak buat kat Muzium Negeri Sembilan. Sekali guard tak bagi masuk. Dia cakap kalau nak kena before 6 pm. Masa tu dah lambat sangat dah huhu. So aku pon pegi ah dekat Lake Garden Seremban. Siapa orang Seremban mesti tau ada satu bangunan putih yang dulunya adalah perpustakaan tapi sekarang jadi tempat penginapan makhluk makhluk yang tak boleh dlihat dengan mata kasar. Ni apa yang aku dengar lah yeee. Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti tapi pak guard kat situ pon suruh kitorang hati hati masa tu. Hikss

With my bridesmaidsssss

Berani korang tak posing betol betol memag time tu gak aku bebel haha

Acah acah



I will be by your side till the end of my life.


Time ni jahat. Posing tanpa akuuuu T_T

Abang pandang mana tu??



He's mine. Hands off pleaseee haha




Thank you bridesmaidsss!

So ada yang puji siap tanya lagi kat mana beli baju bridesaids? HAHA
Meh nak bocor rahsia. Macam aku cakap, sebenarnya aku nak belikan dyorang kain pasang yang murah murah kat jakel tu. Target dalam RM10-15/meter. So kalau 6 pasang, takdela sampai beribu pon kan. Tapi tu la kengkawan aku ni semua pemalas jenis malas nak tempah kat tailor. So aku pon pegi la usha kat GM Klang. So terjumpa a dress ni, and dyoang pon berkenan. Sehelai RM65 tak silap. Kalau beli pukal 6 pcs and above jatuh sehelai RM 40, Terus lah beli 7 pasang tu. Dengan aku aku sekali beli haha. Lagi satu aku nak pesan, Aku bukan nak tutup periuk nasi orang yang berniaga kat instashop. Disebabkan dress ni memang ramai orang jual kat instagram, so aku tanya lah, kalau sehelai dia jual dah RM80, kalau beli 6-7 pasang ada discount ke at least kan? Wey tak hadooo dia taknak bagi kurang langsung. So kalau aku boleh beli dengan harga murah kat GM Klang so why not kan? 

Okay the last part is about my official photographer!
Paling excited nak cerita haha. Sebenarnya banyak dah mintak quotation tapi kebanyakkan nya over my budget haha. Aku target untuk nikah + bersanding + malam persalinan + outdoor photoshoot boleh lah dapat less than RM2000 tapi alahai susah dah sekarang huhu. Ada je dapat dalam RM1200 tapi macam tak gah sangat haha. So dalam ramai ramai list photographer tu tah cemane boleh termintak kat suami kawan sendiri hahah aserius tak tau langsung. Nama insta dia cosmicpuzzle. Boleh carik kat insta ye anak anak. So dengan dia, kau boleh request la kalau apa yang kau nak tu takde dalam pakej dia. But everything come with a price ye. So based on pemerhatian aku, dyorang ni jenis tak berkira. Lepas tu lepas akad nikah siap boleh offer lagi nak tak buat mini outdoor. Eh ofkos la nakkkk. DAH LAH FREE WEY. So dia siap offer lagi kalau nak buat sekali kan belah lelaki pon boleh so dia boleh bagi harga lagi murah haaa. So macam biasa lah dapat photobook 40 pages, hard cover siap ada casing lagiiii, mini album, frame (yang ni aku request), soft copy all edit and non edit, siap transportation charge plus ada lagi dapat discount harga member, so total for both sides dalam RM 2970 macam tu which is aku rasa wey dah murah sangat niii plus gambar cantik. So terus book. 


So inilah kisah wedding saya yang tak seberapa ni. Untuk sebarang pertanyaan boleh komen kat entri ni kahkah macam retis poyo je lebih. So aku macam takde masa nak update untuk majlis belah lelaki so tak payah lah kot sebab aku nak update pasal honeymoon anddddd....hehe. See youuuu!


Nah belanja siket gambar kahwin kat rumah Nabil!

Pengapit perempuan orang yang sama. Pengapit lelaki tu pakwe dia tauu haha

at Pantai Klanang

Aku rasa muka aku dah natural dah. Tapi part laki iolls tu erkkk haha

Okay thats alll. Bye!


 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR