16 November 2012

iye, setelah ditambah, tolak, darab, bahagi and square root in bracket, lagi sebulan je gua nak cecah 20! 


taknak 20 lagi boleh takkkk?

kiranya aku ade masa lagi sebulan untuk perbetulkan keadaan. tak sedap ohh kalau umur dah 20 tapi still tak ade perubahan dalam hidup kau sejak kau lahir. aku dah mula nak carik identiti sebenar, tapi takot tak istiqamah. Al-maklumlah, pengaruh sekeliling memang kuat betei! Yang penting sekarang nih, aku :

  • sedang memikirkan ape nak buat on 16 December 2012. ohhh, no more birthday party. don't worry :)
  • tengah carik designer yang boleh design dress aku untuk someone's wedding. (kau ingat kau retis nak designer bagai?)
  • nak beli #SpermaCinta2.0 Kerang Sengih! lol, how come bende nih boleh masok dalam important list kau?
  • siapkan segala assignment(S) before birthday aku. final exam start 31 December kottttt.
  • last but not least. make at least satu perubahan untuk umur yang ke-20 nih, okay?
tadi tengok Istanbul Aku Datang. Not bad. tapi ada part ayat ayat yang Tomok bagi kat Lisa tuh, kenapa semua orang macam terpegun gila eh? Aku serius tak rase ape-ape. Maybe kata-kata manis dari seorang lelaki nih memang doesn't mean anything dah bagi aku kot. Tak kisah lah in real life ke tak. Tapi yang real life pon mesti kopipes dari derama ye dak?

dan situasi sekarang nih, aku tengah in love dengan buku-buku indie. cer bukak lejenpress punye website kat SINI. aku tak minat membaca sebenarnya tapi Cikgu BM aku suruh pupuk semangat membaca. So takde dosa kot kalau aku bace buku-buku camnih. Yang selame nih aku dok kecoh-kecoh kat twitter tuh kan, semua cakap aku lucah. Kuat berangan le korang nih. Memang lah tajuk Sperma Cinta, tapi takde pulak dia cerita pasal sperma dalam tuh. lol.

nampak tak caption yang "Lebih kelakar daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah"?
that is the main reason kenapa aku beli buku nih.
bukan kerana title tuh, pehe dok?
aku bet, takkan rugi kalau korang beli.
time kena bebel dengan mak, time kena bash dengan lecturer dalam lecture hall depan semua orang, time kau tengah down kena dumped dengan pakwe/makwe, bolehlah baca buku nih.

dan sekarang aku tengah nak habeskan Awek Chuck Taylor.


dah, gua nak khatamkan malam nih jugak. nanti gua tulis review. kahkah. tak payah nak review sangat Shida. Kalau kau bagi review pasal buku Business Ethics ke, buku Decision Science ke, tak ape gak kan? Bolehlah Sir Yusof bangga dengan kau, silap-silap boleh jadik assistant dia next sem? okay, bye!


Aku pon macam tuh jugak DULU

tadi gua baru lepas menghabiskan duit dengan Wani and Ain! Shopping like HELL. tapi tak ade lah hell sangat, aku habes LIMA PULUH jeee, phew pheewww :(
tetengah aku sibuk cerita pasal budak engine gua kat dyorang,(tak payah nak budak engine gua sangatttttt) baru gua tau, dia pon ade rapat dengan budak ICT! kahkah. Marilah kita bersama-sama memboikot guys from ECONS! HAHA
okay, that is not the main point actually =,="

so, mase nak tunggu Ain withdraw duit tadi, aku berdua dengan Wani. Wani cakap macam nih. "Haishhh, penat aku nak jawab satu-satu. Tadi dia tanye keluar dengan siape, aku dah jawab. Keluar naik kereta siape, aku dah jawab, nih tanye pulak tengah buat ape."
And at that time, aku mula teringat zaman jahiliah aku dulu. Yes, aku pon macam tuh jugak dulu. Bila tengok Wani always dengan phone, sedikit kecemburuan melanda fikiran dan hati. okay, boleh pergi mam dengan aku punya cemburu.

Beberapa minggu yang lepas, (ayat karangan budak SPM tapi umur dah 20 tahun) group aku kena present  untuk subjek Business Ethics. Sejujurnya subjek tuh tak susah tapiiii, okay, biarlah rahsia. Then, disebabkan dah 3 kali presentation kitorang asyik tertunda, perasaan nervous tuh pon hilang entah kemane. So sedar-sedar je, presentation dah tamat. Dan yang paling terkejut, majoriti kitorang dapat markah yang tak disangka-sangka. Sir mula memuji seorang demi seorang. And lepas je duduk kat tempat memasing, Sha teros pegang phone dia dan aku dengan TIDAK SENGAJA ternampak sikit isi kandungan mesej tuh. Nampaknya ditujukan untuk Nasri. Maybe nak bagitau yang presentation kitorang run smoothly and so on.
Ye, aku pon macam tuh jugak dulu.

And petang tuh, dapat markah mid term Bahasa Melayu. And bila sampai kat part aku, cikgu pon cakap "Haa, awak kalau nak kurangkan markah, saya boleh tolong, tapi kalau nak tambah dah tak boleh."
Aku pon "Apesal pulak cikguuuuuuuuuuuuuuu?" K, itu monolog dalaman. And bila tengok markah aku, sumpah rasa nak sujud syukur kat situ jugakkkkkkkk. Got full marks! (padahal BM je, kalau Decision Science?) Dan dengan tiba-tiba aku teros pegang phone, teros nak taip mesej, dan tetibe tangan aku berhenti. Kau nak mesej siape Shida? Haaaa??

Dalam aku terfikir yang aku takde seseorang untuk dikongsi berita gembira, aku terlupa yang aku ada mak ayah aku yang tiap-tiap hari mesti tertanya-tanya ape aku buat, apa yang aku makan, macam mane aku punye belajar, and everything! Balek je bilik, aku teros call mak aku, cerita dari alif sampai yaa. Dan lepas call, aku teros menangis. Alhamdulillah. AKU BUKAN FOREVER ALONE.Yeah, He helped me to understand that difficult times can make me stronger in the end, even though it may not always be easy to see.

dear youuuuu,

kadang-kadang kau marah kenape life kau macam nih, macam tuh and kenape life kau tak bahagia macam orang lain, kan? Tapi bagi orang macam aku yang dah ditimpa banyak masalah, sometimes kau kena bersyukur kau antara orang-orang yang terpilih untuk diuji. Dan aku masih memegang prinsip bahawa, setiap yang Allah bagi kat aku, semua tuh sementara. Kalau Dia nak tarik balik, sekelip mata Dia boleh buat. Tapi percayalah, setiap yang Dia tarik dari hidup kau, maknanya Dia nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.  dan kita? Bersabarlah :)

Sekian, tazkirah yang tak berapa nak tazkirah. Esok kelas gua pukul 10. Gua nak pergi kelas awal sebab nak bertentang mata dengan budak engine tuh, haha. bye.

 
COPYRIGHT@ASHIDAMDANUAR